Langkau ke kandungan utama

UPKKM

Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM).. Sebuah kelab yang bernaung di bawah Kolej Keris Mas iaitu antara kolej terbesar di UKM. UPKKM mempunyai struktur organisasi yang agak rapi dan kukuh dari segi kepimpinan. Penasihat kelab ini ialah Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas iaitu Dato' Syed bin Haji Saddak. Beliau juga Ketua Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM dan seorang yang mempunyai semangat protokol yang tinggi. 

Kisah bermula .... Untuk masuk UPKKM bukan main petik je .. perlu lalui temuduga dulu .. Aku kena ditemuduga oleh Timbalan Presiden sendiri . Mungkin sebab ni kut aku terus dapat .. gurau gurau gurau .. Nak dipendekkan cerita, masuk la aku dalam UPKKM .. Aku dipilih untuk berada Bahagian Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa (HELA). Tugas ahli HELA ialah follow-up VVIP & VIP, menyemak surat dari sektreriat untuk mengadakan program. UPKKM sentiasa update maklumat tentang protokol dengan Pusat Komunikasi Korporat Universiti (PKK) yang berpusat di Canselori aras 2...

Dalam UPKKM, aku belajar pelbagai ilmu protokol. Ia telah meningkatkan kefahaman aku tentangnya. Tanpa protokol, maka cacatlah sesuatu program. Ia dianggap sebagai tulang belakang sesuatu program terutama di KKM. Bagi aku senior-senior protokol mempunyai kemahiran yang tinggi. Dari segi susunan tempat, teks emcee, perasmi, usher-usher dan lain-lain. 


Program paling menguji kekuatan mental dan fizikal kami ialah TG2KM dan MG2KM. Dua program terbesar di kolej yang mempunyai  2000 pelajar. TG2KM selama 5 hari dan MG2KM selama 2hari. Dalam TG2KM terdapat 9 program kecil, sudah pasti ia perlu mempunyai persiapan yang rapi oleh semua ahli jawatankuasa. Rehearsel yang dibuat sampai pukul 2 pagi itu biasa. Manakala MG2KM, rehearsel selama seminggu bermula pukul 8.45 malam hingga 1 pagi. Kesemua ini adalah untuk memastikan ia berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang.

Aku rasa dah cukup aku cerita serba ringkas tentang UPKKM. Bagi kepimpinan sesi 2019/2020, semoga kita dapat melakukan yang lebih baik daripada sesi ini. Tahniah diucapkan oleh kepimpinan baru. Semoga kita dapat merebut balik gelaran kelab terbaik di Kolej Keris Mas. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...