Langkau ke kandungan utama

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti bersedia dengan perkembangan pesat teknologi.

Cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh golongan belia adalah berkenaan pekerjaan. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan pekerjaan akan diambilalih oleh mesin atau robot terutama dalam sektor perkhidmatan. Perubahan ini akan menyebabkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan graduan semakin meningkat. Kini, pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai pekerja yang dibuang kerja. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran pada Disember 2020 adalah 4.8%. Ia merupakan keadaan yang tidak sihat kepada ekonomi negara. Pekara ini menjadi semakin membimbang dengan dapatan daripada Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2018 yang mendapati bahawa 133 juta jenis pekerjaan di dunia akan berubah manakala 75 juta pekerjaan akan pupus menjelang tahun 2022. Menurut Institusi Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), mereka mendapati jenis pekerjaan yang bakal pupus seperti pekeraniaan, pentadbiran, setiausaha eksekutif, akauntan, dan juruaudit. Kesemua pekerjaan tersebut akan diganti dengan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan, robotik dan teknologi baharu.    

Pendidikan dan kemahiran merupakan cabaran kepada golongan belia pada hari ini. Kini, ramai golongan belia mengalami masalah kekurangan kemahiran dan peralatan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat daripada internet. Dengan penciptaan AI, robot, data dan internet secara tidak langsung memberi tekanan kepada ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup. Selain itu, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menguruskan dan mengendalikan teknologi. Oleh hal demikian, mereka perlu dilatih semula dengan sesuai dengan dasar kerajaan yang berpaksikan reskilling dan upskilling. Revolusi Perindustrian 4.0 amat penting untuk kemajuan dan pembangunan sebuah negara yang mampan. Namun demikian, golongan belia perlu bersedia dengan segala cabaran yang akan ditempuhi pada masa akan datang. Golongan ini perlu disokong oleh dasar-dasar kerajaan yang lebih komprensif dan inklusif. Masa depan negara bergantung kepada belia.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...