Langkau ke kandungan utama

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan.

Faktor-faktor yang mencetuskan krisis terhadap sistem makanan global antaranya ialah pertumbuhan penduduk. Penduduk dunia diunjurkan akan bertambah kepada 9.7 billion orang menjelang tahun 2050. Pertumbuhan yang tidak seimbang akan mengakibatkan agihan makanan tidak dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, penggunaan bijirin untuk kenderaan  (biofuel) yang dinamakan E85. Bahan ini banyak digunakan di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, suku daripada hasil jagung digunakan untuk menghasilkan etanol (daripada jagung) dan menyebabkan harga makanan meningkat. Perkara ini memberi impak yang besar kepada sektor pemakanan kerana Amerika Syarikat merupakan negara penyumbang kepada pasaran jagung dunia. Hakisan tanah turut mengakibatkan sistem makanan terganggu. Hakisan tanah merupakan faktor tercetus krisis makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana ia akan mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada aktiviti pertanian. Faktor yang melibatkan alam sekitar seperti penipisan akuifer, kecairan glasier dan gelombang panas akan membantutkan pertumbuhan sektor pertanian seterusnya menganggu sistem makanan global secara amnya. Dalam pada itu, penurunan tanah perlandangan yang diakibatkan perkembangan sektor perindustrian dan pembuatan turut menyebabkan berlaku krisis ini. Kebanyakan negara tidak memfokuskan sektor pertanian kerana ia tidak memberikan keuntungan yang lumayan. Namun begitu, sektor ini akan mengakibatkan sektor-sektor lain terkesan akibat penurun sektor pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana individu memerlukan untuk sumber makanan yang mencukupi untuk melancarkan proses pengeluaran sesuatu input dalam negara.


Perubahan cuaca dan pandemik merupakan ancaman berganda kepada keselamatan makanan dan sistem makanan global. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua elemen ini akan meyebabkan penguncupan terhadap pertumbuhan makanan dan ia juga telah membuktikan bahawa keselamatan makanan global tidak mempunyai ketahanan sewaktu krisis. Cuaca memainkan peranan yang penting kepada sektor pertanian global. Keadaan cuaca seperti kemarau, banjir, pemanasan global dan lain-lain akan menyebabkan pertumbuhan makanan sukar untuk diramalkan. Tambahan pula, peningkatan karbon dioksida akan menurun kualiti makanan yang dihasilkan. Fenomena ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada negara-negara dunia ketiga. Perkara ini disebabkan oleh kebanyakan negara ini amat bergantung kepada sumber pertanian untuk pendapatan mereka. Pandemik turut memberi impak yang negatif kepada sistem makanan global. Hal ini dikatakan demikian kerana sektor pertanian tidak dapat beroperasi kesan daripada perintah kawalan pergerakan. Oleh itu, para petani tidak dapat mengutip hasil , kilang-kilang memberhentikan operasi, kawalan sempadan dan sistem pengangkutan diperlahankan. Selain itu, pembelian panik di peringkat peruncitan disebabkan pandemik turut menganggu sistem makanan. Hal ini kerana kitaran pengeluaran makanan tidak dapat beroperasi dengan lancar. Dengan itu, pandemik dan juga perubahan iklim merupakan ancaman kepada sistem makanan global dan sekuriti makanan seterusnya menyebabkan sistem ekonomi tidak berfungsi dengan lancar. 

Perancangan pembangunan memerlukan pengetahuan yang jelas dan kesensitiviti terhadap isu-isu berlaku di peringkat domestik dan global. Kini, isu yang penting untuk diselesaikan dengan segera dan sistematik ialah perubahan iklim, penularan pandemik dan krisis keselamatan, kecekapan dan kesinambungan sistem makanan global. Perubahan cuaca global dapat diatasi mempergiatkan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D). Aktiviti R&D perlu dilakukan untuk menghasilkan sumber tenaga yang baru seperti solar, biomas, hidro, dan angin. Selain itu, memperluaskan pengangkutan awam secara inklusif untuk semua masyarakat. Hal ini dapat mengurangkan penghasilan karbon dioksida seterusnya memastikan alam sekitar dalam keadaan yang baik.  Rancangan pembangunan untuk memastikan penularan pandemik adalah dengan memperkasakan teknologi kesihatan. Hal ini direalisasikan dengan mengukuhkan hubungan antara negara yang maju seperti Jepun, Korea, China dan Amerika Syarikat. Dengan adanya tingkat teknologi yang tinggi, krisis kesihatan dapat dibendung dengan baik dan inkslusif. Ekoran daripada krisis kesihatan mendedahkan sekuriti makanan mempunyai ketahanan yang lemah. Oleh itu, kerajaan perlu memperluaskan penyediaan insentif potongan dan pengecualian cukai yang lebih luas. Perkara ini dapat menggalakkan masyarakat bergiat aktif di dalam sektor pertanian. Selain itu, pembangunan sumber manusia perlu diperkasakan dengan meluas tanpa mengira peringkat usia. Perkara ini dapat dijayakan dengan pendidikan di sekolah, universiti dan tempat kerja. Manusia yang berkemahiran tinggi dan kompeten dapat menyesuaikan sistem mengikut situasi semasa dan akan datang. Maka, negara mempunyai ketahanan dan kecekapan dalam menghadapi krisis makanan.

Kesimpulannya, perubahan iklim dan pandemik merupakan ancaman kepada krisis keselamatan makanan dan sistem makanan global. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua ancaman akan mengurangkan pengeluaran makanan global. Oleh itu, perancangan yang inklusif dan sistematik perlu dilaksanakan supaya krisis makanan, perubahan iklim dan krisis kesihatan dapat dibendung.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...