Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AKU

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

VARCITY RUN 2019

 Varcity Run antara program yang terbesar di UKM untuk tahun 2019. Program larian ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki yang merupakan kolej yang terkenal dengan aktiviti kesukanan dan kesihatan. Tak silap aku peserta yang terlibat seramai 4000 orang. Semua lapisan umur ada dari muda ke remaja ke tua. Ada 3 bahagian larian iaitu 5km, 10km dan 21km. Pada pagi tu, UKM meriah dan menyebabkan jalan jem teruk. Apa yang tak jem ramai kut peserta yang join . Awalnya, aku bukan nak sangat untuk join larian ni, maklumla tak minat sangat benda benda lari ni. Aku pun tak kesah sangat tapi bila semua geng aku join, takkan aku tak join kan kan kan .. Bagi aku benda ini banyak merapatkan lagi hubungan kitaorang , walaupun sering gaduh .. takde hal .. benda biasa .. Aku join 10km , terkejut dengan diri sendiri.. aku ingat 10km tu dekat.. tapi.....hahahahaha.. letih takk terhingga laa wehhh .. aku dah laa jarang buat benda macam ni. Semua ikut member, dari pendaftaran sampai ke garisan pen...

TG2KM

 Temasya Gemilang Kolej Keris 2019 atau nama komersial TG2KM ialah satu temasya yang terbesar di Kolej Keris Mas , Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam TG2KM terdapat 9 program besar yang dianjurkan antaranya Band Of The Band, MasterChef dan sebagainya. Saya sebagai ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas sudah hati dah jiwa berada dalam bercelaru sepanjang temasya ini berlangsung. Semua program yang dianjurkan oleh Sekretariat TG2KM  dihadirkan oleh insan insan ternama dalam bidang politik dan juga agama. Sebagai contoh ialah YB Mazwan, YB Chee, Imam Muda Asyraf, Diana Amir dan lain lain.    Majlis terakhir dalam Temasya Gemilang Kolej Keris Mas 2019 ialah Perasmian Penutup. Majlis ini dihadiri oleh YB Adun Sungai Ramal, Tuan Mazwan bin Johan bersama isteri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Haju Roslee Rajikan, Pengetua Kolej Keris Mas Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad bin Hussin, Timbalan Pengetua Keris Mas Dato’ Dr. ...

MG2KM

 Malam Gala Kolej Keris Mas atau MG2KM ialah program makan malam terbesar di kolej ini. Program ini diuruskan oleh lebih kurang 100 hingga 130 orang ahli jawatankuasa. Iaitu gabungan Sektretariat Malam Gala Kolej Keris Mas(MG2KM) dan Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM). Majlis ini berlangsung selama 2 hari iaitu 29 April dan 30 April di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR). Kami membuat rehearsel selama seminggu tanpa henti. Ia dibuat untuk memastikan kelancaran pada hari kejadian.  Semua yang terlibat perlu ada di tempat rehearsel dari pukul 8.45 malam sehingga pukul 1 pagi untuk majlis ini. Dari segi pengisian, protokol, cenderamata, teknikal, logistik, gimik dan sebagainya diperiksa sepanjang seminggu. Bagi setiap program, sudah pasti kelancaran merupakan elemen terpenting untuk membuktikan ia berjaya atau tidak.  Pada malam 29 April, giliran pelajar tahun 1 dan 2 di kolej ini. Pada malam ini, perasmi ialah Dato Abdullah Sani iaitu ahli parlimen Kap...

UPKKM

Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM).. Sebuah kelab yang bernaung di bawah Kolej Keris Mas iaitu antara kolej terbesar di UKM. UPKKM mempunyai struktur organisasi yang agak rapi dan kukuh dari segi kepimpinan. Penasihat kelab ini ialah Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas iaitu Dato' Syed bin Haji Saddak. Beliau juga Ketua Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM dan seorang yang mempunyai semangat protokol yang tinggi.  Kisah bermula .... Untuk masuk UPKKM bukan main petik je .. perlu lalui temuduga dulu .. Aku kena ditemuduga oleh Timbalan Presiden sendiri . Mungkin sebab ni kut aku terus dapat .. gurau gurau gurau .. Nak dipendekkan cerita, masuk la aku dalam UPKKM .. Aku dipilih untuk berada Bahagian Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa (HELA). Tugas ahli HELA ialah follow-up VVIP & VIP, menyemak surat dari sektreriat untuk mengadakan program. UPKKM sentiasa update maklumat tentang protokol dengan Pusat Komunikasi Korporat Universiti (PKK) yang berpusat di Canselori aras 2... ...

KENANGAN SEBELUM BERGELAR MAHASISWA

Keputusan SPM aku kurang memberangsangkan .. Aku tak tahu mana halatuju aku .. Adakah STAM, Diploma, Kemahiran, STPM atau kerja terus ... ??? Ia bermain di fikiran aku ... Finally, aku mengambil keputusan until terus ke STPM di SMKSIS, Pasir mas .. Sebelum tu, aku ada minta diploma di Unisza .. Tapi tak dapat .. Aku tak buat pun rayuan sebab hati aku mula sayang dengan STPM ... Masa form 6 dulu, kelas yang paling aku suka ekonomi .. tapi sebenarnya aku sukaa semua kelas, sebab cikgu cikgu semua gempak .. Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Am ... Cikgu cikgu semua pemberi semangat dikala aku jatuh, tak bersemangat, lesu ... Cikgu ekonomi aku, CK nama komersial .. CK selalu menjadi idola aku, aku selalu mengadu dekat dia tentang masalah belajar, berdiskusi tentang isu-isu semasa, lepakk tu biasa .  Hahaha , CK juga alumni UKM dan mengambil jurusan Ekonomi ...  Dia selalu cerita tentang zaman belajar dulu ... Kisah hidup dia dengan aku pun boleh kata 90% sama denga...

SEWOVENGERS

Sewovengers , persahabatan  bermula secara dari tahun 2014 iaitu masa aku tingkatan 4. Kami mula tinggal di rumah aku. Pada tahun tu, kami berkawan bukan sahaja untuk belajar malah ilmu sosial turut dipratikkan.. hahahahha.. ayat takleh bincang .. Tahun ni juga aku mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) .. Menghafal menghafal menghafal ... Kenangan yang agak perit sebelum mencapai kejayaan .. Keputusan akhir aku mendapat pangkat Jayyid Jiddan (JJ) .. Pada tahun 2015, kami mengambil peperiksaan SPM dan nama SEWOVENGERS terhasil daripada perkataan 'SEWO' dalam biasa baku sewa dan 'VENGERS' diambil dalam filem Marvel. Hehehehe. Masa ini ahli kumpulan makin ramai .. Kami tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah .. Ahli Sewovengers bersilih ganti  sebelum wujud ahli yang tetap sampai ke hari ini .. Dulu geng aku hampir belasan orang, tapi apa kan daya , ramai yang keluar .. hahahhaa .. macam parti politik pulakk . Masa tinggal di rumah sew...

SUKARELAWAN SOSIAL

 Gotong Royong Perdana anjuran Pelajar Citra Sukarelawan , Kolej Keris Mas dan Siswa-UKM pada tahun 2018. Gotong royong ini dilakukan di sekitar kawasan taman di Kajang berhampiran Reko. Aktiviti disertai oleh 80 orang pelajar, persatuan penduduk taman dan juga ahli jawatankuasa masjid Al-Nur.  Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sarapan pagi bersama penduduk taman di masjid. Selepas mengambil sarapan, para pelajar mendengar taklimat oleh ketua persatuan taman untuk pengasingan tugas setiap pelajar supaya kawasan ini dapat dibersihkan secara menyeluruh. Penduduk majoriti di kawasan ini adalah Melayu. Namun, bangsa lain turut membantu bagi melancarkan program ini. Ini telah membuktikan bahawa semangat kejiranan dan kenegaraan antara bangsa adalah positif.   Selepas selesai mengutip sampai dan membersihkan kawasan taman serta masjid. Para pelajar dihidangkan makan tenghari oleh pihak masjid. Hal ini telah mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan jug...

LAST EPISOD : MAHASISWA YANG KERDIL

Bulan Julai 2018, aku tak pasti pulak tarikhnya, yang paling aku ingat waktu ni aku jagaa atok aku di hospital. Masa ni atok masuk hospital sebab muntah berdarah. Ni adalah paling lama atok aku masuk hospital, tak silap hampir 2 minggu. Time ni jugaklah aku tahu keputusan UPU, bila aku tahu keputusan tuu, hati aku terus rasa bangga, bahagia, gembira dan macam macam lagi laa. Aku telah dapat tawaran masuk ke universiti yang aku ingin jejaki setelah sekian lama. Kegembiraan aku mencapai tahap yang max weyhh.. Allah telah kabulkan doa aku.. Tapii.... dalam masa yang sama aku berasa sedih dan sebak, masa ni aku terfikir kejap lagi aku akan tinggalkan atok aku.. Aku rasa serba salah untuk bagitau atok tentang keputusan ni.. Apa apa pun aku kenaa juga bagitau dia, lepas aku dah rasa ok sikit.. Aku bagitau dia, yang aku dapat masuk UKM... Raut wajahnya 50-50 bagi aku, nak kata bahagia pun tak , sedih pun tak .. Soalan yang pertama yang dia tanya kepada aku , Bila nak pegi ? Hati aku dah rasa...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

EPISOD 2 : MENUJU ALAM YANG LEBIH MENCABAR

Setelah menamatkan pengajian di peringkat rendah, aku meneruskan lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Di peringkat menengah, aku melajutkan pelajaran di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Pada mulanya, aku bukan nak sangat masuk sekolah ni tapi disebabkan tak ada pilihan  so  aku teruskan pengajian aku disini. Seingat aku la, masa tingkatan 1 dan 2 aku tak belajar mana pun dan aku tak kesah dengan result yang aku dapat masa tu. Maklumlaa tengah syokk bermain main dengan kawan kawan yang masuk air. hahahahaha. Tahun 2013, aku mengambil peperiksaan PMR. Aku adalah batch terakhir untuk exam PMR sebelum ditukar dengan nama baru PT3. Kenangan awal sepanjang 3 tahun di sekolah agama dulu sudah tentu banyak yang nakal hehehe. Pergi sekolah, main bola dalam kelas, berborak dengan kawan sampai habis kelas. hahahaha. I t's all about memories. I can't forget it.  Keputusan   PMR tidak perform , aku dapat 2 A 3B 3C. Golongan yang kurang pandai masa di sekolah dulu. Tidak ...

EPISOD 1 : SEORANG BUDAK YANG CUBA MEMAHAMI REALITI

Disini aku ingin perkenalkan diri, nama samaran Abe Mie. Nama gelaran aku agakk banyak aku rasa laa, hehe . Aku orang Kelantan. Aku dilahirkan di Hospital Pasir Mas pada 17 Jun . Alhamdulillah sekarang aku dah agak tua. Suka aku nak ceritakan tentang pengalaman dan jalan cerita sepanjang umur aku ni. Aku mula kenal ALIF BAA TAA , ABC dan 1 2 3 semasa umur 5 tahun. Aku belajar di PASTI dekat kampung. Dekat situ, aku belajar bukan akademik je, ia juga ada juga tentang agama. Macam mana nak solat, rukun iman, rukun islam, doa-doa asas dan macam macam lagi. Ustazah yang mengajar masa kecil masih lagi mengajar disana. Hampir 15 tahun saya tinggalkan tempat tu tapi ustazah tu still ingat saya.  Selepas belajar di Pasti dari umur 5 hingga 6 tahun. Pada hari pertama persekolahanku, aku menangis sebab tak mahu ke sekolah. Puas ibuku dan ustazah di sekolah itu memujuk aku untuk ke sekolah tetapi aku tetap menangis dan melawan kerana tidak mahu ke sekolah. Akhirnya aku akur. Itu ...