Langkau ke kandungan utama

SEWOVENGERS


Sewovengers , persahabatan  bermula secara dari tahun 2014 iaitu masa aku tingkatan 4. Kami mula tinggal di rumah aku. Pada tahun tu, kami berkawan bukan sahaja untuk belajar malah ilmu sosial turut dipratikkan.. hahahahha.. ayat takleh bincang .. Tahun ni juga aku mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) .. Menghafal menghafal menghafal ... Kenangan yang agak perit sebelum mencapai kejayaan .. Keputusan akhir aku mendapat pangkat Jayyid Jiddan (JJ) ..


Pada tahun 2015, kami mengambil peperiksaan SPM dan nama SEWOVENGERS terhasil daripada perkataan 'SEWO' dalam biasa baku sewa dan 'VENGERS' diambil dalam filem Marvel. Hehehehe. Masa ini ahli kumpulan makin ramai .. Kami tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah .. Ahli Sewovengers bersilih ganti  sebelum wujud ahli yang tetap sampai ke hari ini .. Dulu geng aku hampir belasan orang, tapi apa kan daya , ramai yang keluar .. hahahhaa .. macam parti politik pulakk . Masa tinggal di rumah sewa pelbagai kenangan yang tercipta .. cara tidur, makan, mandi, lepak, .. tentang girlfriend pun tahu .. hahahha .. tak ada rahsia antara geng ... nak rahsia macam mana dah tidur sebantal .. hahaha .. kenangan ponteng sekolah, datang lewat, tak siap homework .. mohon jangan tiru aksi kami 😂 


Nak dipendekan cerita , alhamdulillah kami mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha kami.. Selepas SPM, kami semua bawa haluan masing-masing .... tapi hubungan kami masih lagi tetap dan setia hingga ke akhir hayat ... ada yang sambung STAM , STPM, DIPLOMA, MATRIK, STPM dan bekerja. Tengok, semua bawa haluan masing masing .... Nanti last aku bagitau ahli sewovengers .. 


Sekarang semua geng Sewovengers sedang berjaya melanjutkan pelajaran masing-masing di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tahun akhir DiPloma.. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi persahabatan kami masih kekal walaupun pelbagai kekangan seperti masa, akademik dan lain-lain.


Ahli Sewovengers ; Zulhairi aka Poksu (UUM), Ajim(UNIZA), Asyiq (Al-Azhar, Mesir). Madnu (Politeknik), Asih (UNIZA), Pokcex ( baru habis diploma bosskur), Pokjak (UiTM), Sapik (UPSI), Aku (UKM) ..... Alhamdulillah semua sedang mengejar impian masing-masing ..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...