Langkau ke kandungan utama

LANGKAH-LANGKAH MERANCAKKAN EKONOMI

Kini, kita lihat ekonomi negara dianggap kurang stabil daripada sebelum. Ini mungkin disebabkan oleh ketidakyakinan pelabur kepada negara kita atau mungkin sebab kejatuhan nilai mata wang negara. Hal ini mungkin dapat diberi penjelasan yang terperinci oleh kementerian dan juga phak kerajaan. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan umumnya perlu melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak terus membelenggu kerajaan yang akan menyebabkan pembangunan negara dan juga kemakmuran rakyat akan terjejas. Terdapat beberapa langkah  untuk merancakkan ekonomi :-

1. Menstabilkan pasaran kewangan.
   
Bagi memastikan kestabilan pa­saran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan        Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga diminta untuk mengambil langkah yang serupa. Pada 2002, ValueCap telah ditubuhkan sebagai entiti untuk menyokong saham yang di bawah nilai pasaran dan didapati berkesan dalam menstabilkan pasaran ekuiti.
Dengan itu, kerajaan akan mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion.


2. Menyokong aktiviti perniagaan.
Bukan semua sektor telah terjejas daripada kejatuhan mata wang. Kita lihat sektor pelancongan sebagai contoh, apabila mata wang kita jatuh maka pelancong asing berminat untuk datang ke Malaysia disebabkan oleh nilai mata wang yang murah daripada negara mereka. Namun begitu, kerajaan sedar penurunan mata wang ringgit akan meningkatkan kos input yang diimport dan keperluan modal kerja. Oleh hal yang demikian, untuk membela dan melindungi industri PKS kerajaan telah memberikan RM5 bilion jaminan yang  bagi sektor perkhidmatan, jaminan tambahan sebanyak RM2 bilion akan disediakan bagi sektor-sektor lain. Pengecualian duti import akan diberi ke atas 90 baris tarif yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan dan sebagainya. 
3. Meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan telah mewujudkan kedai bajet yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih murah. Kedudukan kedai perlulah berdekatan dengan kediaman kumpulan sasar dan memastikan hanya golongan yang layak sahaja mendapat harga murah. Penjenamaan semula KR1M melalui memperbaiki tadbir urus operasinya boleh dipertimbangkan. Seterusnya, menukar Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada tunai kepada bentuk barangan melalui sistem kupon atau kad. Ini membolehkan mereka mendapat barangan keperluan dengan harga lebih murah. Selain itu, meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat melalui pembangunan dan pengembangan aktiviti-aktiviti ekonomi di luar bandar.


4. Meningkatan integriti institusi.
Kerajaan harini begitu komited untuk memastikan integriti dalam kalangan rakyat dan juga pemimpin. Pelbagai inisiatif telah dibuat antaranya mereformasikan institusi dan juga Pelan AntiRasuah Nasional 2019-2023. Sudah pasti kerajaan tidak mahu isu rasuah dan integriti berada dalam kerajaan baru. Rasuah juga dikira sebagai satu jenayah, jenayah kolar putih. Jenayah ini telah banyak merugikan wang negara yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan pengurusan negara tetapi diselewengkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan wang negara diguna untuk merancakkan ekonomi negara, kerajaan perlu menanganinya dengan serius dan tegas. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...