Langkau ke kandungan utama

SUKARELAWAN SOSIAL


 Gotong Royong Perdana anjuran Pelajar Citra Sukarelawan , Kolej Keris Mas dan Siswa-UKM pada tahun 2018. Gotong royong ini dilakukan di sekitar kawasan taman di Kajang berhampiran Reko. Aktiviti disertai oleh 80 orang pelajar, persatuan penduduk taman dan juga ahli jawatankuasa masjid Al-Nur.  Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sarapan pagi bersama penduduk taman di masjid. Selepas mengambil sarapan, para pelajar mendengar taklimat oleh ketua persatuan taman untuk pengasingan tugas setiap pelajar supaya kawasan ini dapat dibersihkan secara menyeluruh. Penduduk majoriti di kawasan ini adalah Melayu. Namun, bangsa lain turut membantu bagi melancarkan program ini. Ini telah membuktikan bahawa semangat kejiranan dan kenegaraan antara bangsa adalah positif. 


 Selepas selesai mengutip sampai dan membersihkan kawasan taman serta masjid. Para pelajar dihidangkan makan tenghari oleh pihak masjid. Hal ini telah mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan juga penduduk taman. Bagi saya, program ini telah berjaya mencapai matlamat yang bukan sahaja untuk membersihkan kawasan taman malah ia juga telah mengharmonikan lagi semangat kesatuan dan kesukarelawan antara satu sama lain.


Saya berharap program ini diteruskan lagi dengan skala dan skop yang lebih luas. Ia akan memberikan kesan positif kepada perkembangan kemajuan ketamadunan rakyat Malaysia yang terkenal dengan adat dan adab di mata dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...