Langkau ke kandungan utama

RUSUHAN KAUM 1969 DAN DASAR EKONOMI BARU


Perselisahan antara Melayu dan Cina dalam isu ekonomi dan politik mencapai kemuncak pada 1969 iaitu selepas pilihan raya ketiga. Sepanjang kempen, parti yang berasaskan kaum Cina mempersoalkan hak-hak orang Melayu termasuk penggunaan bahasa Melayu dan mempromosi slogan 'Malaysian Malaysia' secara tidak langsung mereka telah mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan. Keputusan akhir PRU-3 ini telah memberi kemenangan yang besar kepada pihak pembangkang dan seterusnya undi popular kepada UMNO menurun dengan ketara. Hal ini juga disebabkan oleh perpecahan UMNO yang menyebabkan wujudnya sebuah parti politik yang berideologi Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia telah dinyatakan tajuk sebelum ini.

Selepas pilihan raya, berlaku perkara yang buruk di Kuala Lumpur. Punca utama yang menyebabkan rusuhan ini berlaku ialah ejekan kaum Cina kepada kaum Melayu di Kuala Lumpur. Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa rusuhan ini berlaku kerana ada golongan yang mahukan perubahan dalam Pemuda UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak untuk menjatuhkan pemerintahan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.



Tetapi apabila dikenalpasti puncanya ialah ketidakseimbangan sosioekonomi dan kekurangan peluang pendidikan yang menyebabkan ketidakseimbangan tersebut berlaku. Kesan daripada rusuhan ini, maka terbentuk satu kabinet yang ad-hoc iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Semua parti politik menyertainya kecuali parti pembangkang utama Cina. Perkara pertama yang dilakukan oleh majlis ini ialah dasar afirmatif iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB) pada 1970. DEB ini adalah satu cara bagi mencapai perpaduan dan membasmi kemiskinan antara kaum secara total tanpa mengira kaum. Matlamat yang jelas ialah untuk meminimumkan kemiskinan bangsa Melayu daripada 52 % ke 16% dan meningkatkan pemilikan korporat 1.5% kepada 30% pada tahun 1990. 


Menariknya, sasaran 30% bukan satu peratusan yang terhasil daripada pengiraan tertentu tetapi adalah peratusan yang dipersetujui oleh majoriti yang dianggap munasabah.   Sasaran untuk mencapai peratusan ini adalah selama 20 tahun. Hal ini secara tidak langsung ia menjadi satu undang-undang untuk mencapai penglibatan Bumiputera dalam bidang ; syarikat-syarikat swasta ; penyediaan saham baru dalam syarikat awam ; penjualan  atau pemindahan  aset korporat dalam sektor terpilih; penganugerah kontrak dan projek kerajaan, pengambilan pelajar dalam pengajian  tinggi, pemilihan bidang pembelajaran dan pemberian biasiswa.

Dengan itu, dasar ini telah mencapai kejayaan penghujung DEB walaupun  sasaran pengumpulan harta oleh masyarakat Melayu tidak tercapai. Dasar ini telah membela nasib  semua kaum di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...