Langkau ke kandungan utama

MG2KM


 Malam Gala Kolej Keris Mas atau MG2KM ialah program makan malam terbesar di kolej ini. Program ini diuruskan oleh lebih kurang 100 hingga 130 orang ahli jawatankuasa. Iaitu gabungan Sektretariat Malam Gala Kolej Keris Mas(MG2KM) dan Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM). Majlis ini berlangsung selama 2 hari iaitu 29 April dan 30 April di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR). Kami membuat rehearsel selama seminggu tanpa henti. Ia dibuat untuk memastikan kelancaran pada hari kejadian.  Semua yang terlibat perlu ada di tempat rehearsel dari pukul 8.45 malam sehingga pukul 1 pagi untuk majlis ini. Dari segi pengisian, protokol, cenderamata, teknikal, logistik, gimik dan sebagainya diperiksa sepanjang seminggu. Bagi setiap program, sudah pasti kelancaran merupakan elemen terpenting untuk membuktikan ia berjaya atau tidak. 


Pada malam 29 April, giliran pelajar tahun 1 dan 2 di kolej ini. Pada malam ini, perasmi ialah Dato Abdullah Sani iaitu ahli parlimen Kapar. Terdapat beberapa persembahan yang berlangsung untuk tantapan hadirin. Persembahan pertama daripada Kelab Lantera Mas KKM iaitu persembahan tarian. Seterusnya, persembahan daripada Rantai Band iaitu kumpulan busker KKM dengan menyampai 2 buah lagi iaitu Teruna dan Dara (Masdo) dan Jampi( Hael). Sudah pasti pihak penganjur tidak akan mensiakan kehadiran tetamu. Oleh itu, mereka telah menjemput artis jemputan iaitu penyanyi terkenal di Malasysia iaitu Ernie Zakri dengan lagu Jangan Marah dan Ku Bersuara. Suara Ernie cukup memukau satu DECTAR yang dihadiri hampir 1000 pelajar. Malam kedua pula, perasmi ialah YB Dr Mohd Radzi Md Jidin iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Beliau baru sahaja dilantik sebagai menteri dan menjadi tonggak utama pergerakkan ekonomi negara. Pengisian program untuk hari kedua sama dengan hari yang pertama. Hanya satu yang membezakan antara dua hari tersebut iaitu artis jemputan. Pada hari kedua, artis jemputan ialah Khai Bahar. Siapa yang tidak kenal dengan insan ini. Beliau telah memenangi banyak anugerah dan juga hati rakyat Malaysia. Beliau menyampaikan lagu #123, Luluh, Air Mata dan Bayang . Majlis penutup untuk semua program di KKM berakhir dengan gembira dan puas hati kerana penat lelah sepanjang setahun telah berbayar. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan Majlis Makan Malam Kolej Keris Mas 2019.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...