Langkau ke kandungan utama

LANGKAH KAJANG

Sebelum aku mulakan topik kita kali ini, aku mulakan dengan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat yang cintakan negara. Kamu semua tahu apa yang pernah terjadi kepada negeri Selangor ini ? Adakah bencana besar ? Rusuhan ? Atau apa ? Jom .. kali ni aku kongsikan tentang krisis Menteri Besar Selangor atau dinamakannya 'Langkah Kajang' .


Krisis ini berlaku pada tahun 2013-2014, ia berkaitan dengan prestasi MB Selangor pada waktu itu iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Secara umumnya, parti Tan Sri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin menukar MB kepada orang yang lebih bertanggungjawab menurut mereka. Ia juga disebabkan oleh pengaruh Tan Sri tidak sehebat ahli PKR yang lain. Beliau juga bukan pemidato yang hebat seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Azmin Ali. Hubungan antara Tan Sri dan juga Azmin Ali dilihat semakin meruncing apabila dilihat dalam pemilihan parti. Mereka berdua berebut untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden PKR Pusat. Beliau juga dikritik oleh PKR sendiri apabila melakukan hubungan dengan kerajaan Persekutuan pada waktu itu. Namun begitu, untuk melucutkan Tan Sri  tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Ia perlu dilakukan melalui pembubaran DUN atau undi tidak percaya yang dibuat oleh ADUN.  Itu secara dasarnya kenapa krisis ini berlaku. 


Oleh itu, bagi memastikan politik Selangor menjadi kembali stabil, DUN Kajang dikosongkan bagi memberikan ruang kepada sepatutnya bertanding. Strategi ini boleh dikira licik oleh pemain-pemain politik. ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan walaupun baru setahun memegang kawasan tersebut. Pada mulanya, untuk PRK Kajang ditandingi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Semua kepimpinan tertinggi parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju. Namun, disebabkan oleh kes yang lampau menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding. Oleh itu, tempat beliau digantikan dengan Datin Seri Dr Wan Azizah iaitu isteri beliau. Tidak lain tidak bukan, tujuan mereka mengosongkan ADUN ini adalah untuk memecat Tan Sri Abdul Khalid dan digantikan dengan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar. Namun begitu, ia tidak berjaya selepas DSAI tidak boleh bertanding. 


PRK ini dimenangi oleh Datin Seri Wan Azizah ia menyebabkan kedudukan Tan Sri terancam. PKR telah memaklumkan kepada Tan Sri untuk meletakan jawatan dan memberi kepada Datin Seri, namun ia ditolak oleh Tan Sri. Pada 9 Ogos 2014, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dipecat daripada PKR sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta. Keputusan itu dibuat kerana Mesyuarat Pimpinan Pusat parti mendapati beliau mengingkari arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada Datin Seri Wan Azizah. Dengan itu, negeri Selangor kini diterajui oleh seorang ADUN bebas. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Menteri Besar sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugasnya buat masa ini. Baginda berpuas hati Tan Sri masih mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. 

Pada 12 Ogos 2014, empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Tan Sri seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu. Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan beliau kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Keenam-enam exco tersebut dilaporkan mendakwa kedudukan dan fungsi beliau hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Sepatutnya beliau dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

Pada 13 OGOS, Tan Sri mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa, beliau turut menunjukkan surat balasan yang diterima beliau. Sementara itu surat pemecatan Exco PKR, Rodziah masih belum dihantar kerana ADUN Batu Tiga bercuti di luar nrgara. Jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. Tan Sri menyatakan bahawa tindakan anggota-anggota Exco terbabit mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama adalah bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Pada 23 September 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.Krisis Menteri Besar Selangor berlarutan sejak awal tahun 2014 apabila PKR mengumumkan Langkah Kajang bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

PENGANGGURAN DI MALAYSIA

P ENGANGGURAN DI MALAYSIA  Pengangguran ialah seseorang yang mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan sebagai tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 15 ke 64 tahun yang sanggup bekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi. Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh. CARA PENGIRAAN :- Kadar Pengangguran = Jumlah penganggur ÷ Jumlah Tenaga Buruh Pengangguran = Tenaga buruh – Jumlah  JENIS PENGANGGURAN  a.      Pengangguran geseran atau normal. Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja.  Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik. Pengangguran geseran atau normal berlaku ap...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...