Langkau ke kandungan utama

SEJARAH DAP



DAP merupakan serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti politik Singapura. Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
Ditubuhkan pada Oktober 1965, DAP dengan rasminya didaftarkan enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti politik. Sebagai sebuah parti politik, DAP telah melalui jatuh bangunnya dalam beberapa PRU yang ditandingi antara 1969 sehingga 2018, termasuklah daripada memenangi 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN pada tahun 1995 sehinggalah memenangi 42 kerusi Parlimen dan 99 kerusi DUN (atau 106 jika mengambil kira keputusan pilihanraya negeri Sarawak pada 2016) dalam PRU tahun 2018.

Devan Nair


Pemimpin, anggota dan penyokong DAP langsung tidak goyah ketika ramai terpaksa membayar harga yang mahal demi prinsip politik masing-masing, termasuk hilang kebebasan apabila ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, didakwa, disabitkan kesalahan dan dipenjara atas pertuduhan yang bermotifkan politik; mahupun dimangsakan dengan pelbagai cara.
Dalam PRU 1999, DAP bekerjasama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) bagi menggugat  politik BN, ekoran majoriti duapertiganya di Parlimen yang tidak terusik – akar punca kesombongan politik BN, pentadbiran yang tidak demokratik dan penindasan hak asasi rakyat Malaysia.

Malangnya, beberapa peristiwa yang timbul kemudian, terutamanya desakan PAS untuk membentuk Negara Islam – suatu yang dirasakan tidak serasi dengan fitrah negara Malaysia yang majmuk dan dihargai DAP – telah memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
Dalam PRU Mei 2013, tujuan menewaskan BN hampir tercapai apabila Pakatan Rakyat memenangi 52% undi popular, namun akibat persempadan kawasan Parlimen kemenangan parti-parti pembangkang telah dinafikan. DAP terus berusaha memperbaiki prestasinya dengan memenangi 38 kerusi Parlimen dan 99 kerusi DUN, membantu gabungan pembangkang menambah bilangan kerusi di Parlimen sehingga 89.

Apabila PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, sebuah gabungan baru ditubuhkan. Kumpulan yang terpisah daripada PAS menubuhkan Parti Amanah Negara untuk bergabung tenaga dengan DAP dan PKR, manakala pecahan baru dari UMNO yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Gabungan baharu ini diberi nama Pakatan Harapan.

Sejarah berjaya ditempa dalam PRU 2018. Barisan Nasional digulingkan buat kali pertama. Pakatan Harapan menang 113 kerusi Parlimen sementara Barisan Nasional hanya mampu memenangi 79 kerusi. Berawal sebagai sebuah parti pembangkang yang kecil, DAP kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan yang telah mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional buat pertama kali dalam PRU14 pada 9 Mei 2018.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...