Langkau ke kandungan utama

IPCMC

Dibawah kerajaan baru pada hari ini dibawah naungan Pakatan Harapan yang diketuai oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil beberapa inisiatif untuk membanteras jenayah kolar putih terutama dalam sektor penguatkuasa. Oleh itu, beliau telah memperkenal IPCMC ( Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis). IPCMC ialah sebuah badan bebas yang akan menggantikan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Ia berperanan sebagai penerima aduan serta menyiasat salah laku anggota polis di Malaysia. Harini saya menyatakan secara ringkas tentang perjalan penubuhan IPCMC.

21 SEPT 2018 - YAB PM umum EAIC diperkasa dengan penubuhan IPCMC. 

27 SEPT 2018 - Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata RUU untuk menubuhkan IPCMC akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

29 NOV 2018 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata RUU ini sedang rancak disediakan.

2015 MAC 2019 -  YB Menteri berkata penubuhan IPCMC belum dimuktamadkan & memerlukan lebih penglibatan PDRM & agensi penguatkuasaan lain. 

4 APRIL 2019 - YAB PM berkata IPCMC bebas menyiasat PDRM & kerajaan tidak akan campur tangan.

8 APRIL 2019 - 49 NGO gesa kerajaan segerakan penubuhan IPCMC bagi mengelak berulang kes kematian & penderaan orang dalam tahanan serta salah laku jenayah membabitkan polis.

2 MEI 2019 - PDRM umum akan bertemu YAB PM untuk mengemukakan beberapa bantahan berhubung beberapa perkara antaranya ialah menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, kuasa tindakan tatatertib dan lain-lain.

3 MEI 2019 - YB Menteri tegaskan penubuhan IPCMC bukan untuk menghukum anggota polis

4 MEI 2019 - 9 persatuan pesara polis menolak penubuhan IPCMC

10 MEI 2019 - PDRM & GIACC adakan perbincangan. - PDRM bersetuju penubuhan IPCMC dengan jaminan peranan& kuasa polis tidak akan terjejas. - GIACC & PDRM akan berbincang lanjut sebelum kertas Kabinet tentang penubuhan IPCMC dapat dilengkapkan.

Penubuhan ini masih dalam proses mengikut saluran yang tepat. YB Menteri menjangkakan IPCMC akan ditubuhkan secara rasmi pada tahun ini. Sama-sama kita doakan supaya perkara yang baik dapa diteruskan secara lancar dan perkara yang buruk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...