Langkau ke kandungan utama

SEJARAH PARTI KEADILAN RAKYAT


Pada tahun 1997 ketika mana Malaysia dilanda krisis ekonomi, Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah melakukan beberapa perubahan dan langkah menjimatkan perbelanjaan dalam usaha mennyelamatkan negara dari krisis tersebut. Namun tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam kerajaan pada 2 September 1998. 


Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Gerakan Reformasi  dilancarkan telah membawa kepada penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) yang diterajui oleh isteri Anwar Ibrahim iaitu Dr. Wan Azizah. Walaubagaimanapun, cubaan untuk mendaftarkan Adil sebagai sebuah parti politik tidak berjaya dan digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.


Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Bertanding untuk kali pertama di Pilihan Raya Umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun hanya mendapat 11.67% daripada jumlah undi yang dibuang.

Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Sekali lagi bertanding di Pilihan Raya Umum 2004, keputusan kali ini sangat mengecewakan apabila Parti Keadilan Rakyat hanya mampu mempertahankan 1 kerusi parlimen sahaja daripada 5 yang dimenangi sebelum ini, iaitu di Permatang Pauh yang diwakili oleh Dr. Wan Azizah.
Dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh parti ini disamping faktor-faktor seperti rakyat yang sudah semakin mampu mempertimbangkan kebaikan dan keburukan, akhirnya Keadilan bersama parti pembangkang lain termasuklah DAP dan PAS telah berjaya menafikan majoriti 2 per 3 Barisan Nasional di parlimen.


Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.



Di samping itu, parti pembangkan juga berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri. Selepas pembubaran Barisan Alternatif pada tahun 2002, sebuah pakatan pembangkan telah terbentuk yang diberikan nama Pakatan Rakyat. Antara pencapaian terbaik yang dicatatkan oleh KEADILAN adalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di mana ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil wakyat di setiap negeri di seluruh Malaysia dengan penyertaan minima iaitu seorang wakil rakyat. KEADILAN juga merupakan parti kedua terbesar yang memperoleh undi popular iaitu sebanyak 20.39% dalam PRU 13.

Pada tahun 2015, penggabungan beberapa parti kiri dan pusat telah membentuk satu perikatan yang diberi nama Pakatan Harapan. Ia merupakan gabungan kedua terbesar di Parlimen Malaysia selepas parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Parti-parti yang terlibat dalam penggabungan ini adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sejak 18 Mei 2015, Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan telah menjadi Ketua Pembangkan Malaysia. Di peringkat negeri, pakatan ini adalah gabungan terbesar dalam 2 daripada 13 Dewan Undangan Negeri Malaysia dan membentuk kerajaan di negeri Selangor dan Pulau Pinang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...