Langkau ke kandungan utama

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link

ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin. 

                                                              Laluan terbaru ECRL


Kronologi projek MEGA ECRL :-

21 Okt 2016 - Projek ECRL diluluskan oleh Kabinet BN 

1 Nov 2016 - CCCC dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek yang landasannya sepanjang 688km dari Selangor ke Kelantan.

3 Mei 2017 - Tambahan peruntukan sebanyak RM1.28billion tambahan jajaean dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

13 Mei 2017 - Malaysia menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC sebanyak RM9billion

9 Ogos 2017 - Pembinaan projek ECRL dimulakan.

23 Ogos 2017- Kabinet meluluskan projek naik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar. Ia menelan perbelanjaan tambahan sebanyak RM10.5 billion.

3 Julai 2018 - MRL mengarahkan CCCC menghentikan pembinaan yang telah pun siap 15%.

20 Mac 2019 - Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa projek ini akan diteruskan selepas selesai proses rundingan dengan China.

22 Mac 2019 - Tun Daim menyatakan bahawa projek ini diteruskan dengan penjimatan lebih RM 10 billion.

2 April 2019 - Kerajaan China menjemput Malaysia untuk membincangkan status projek ECRL.

6 April 2019 - Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengesahkan bahawa jajaran baru dengan melalui Negeri Sembilan.

12 April 2019 - Kerajaan PH mengumumkan projek ini akan diteruskan dengan jajaran baru. Iaitu Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya-Pelabuhan Klang.

Sebagai kesimpulan, rakyat Malaysia tidak mahu isu ini dipolitikan oleh mana mana pihak. Sudah pasti, projek ini akan memberikan seluruh rakyat mendapat manfaat. Diharapkan kerajaan pada hari ini memberi komitmen untuk membela nasib rakyat dan meminumkan bermain politik yang akan menjejaskan kesejahteraan rakyat.

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...