Langkau ke kandungan utama

PENDEKATAN EKONOMI MALAYSIA BARU

Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan "rejim" Barisan Nasional yang telah mentadbir serta mengurus negara sejak daripada laungan 7 kali MERDEKA !!Tetapi sejauhmanakah kerajaan baru ini dapat mengembalikan ekonomi yang dikatakan musnah ketika penghujung usia kerjaan BN ?? Mari sama sama kita rungkaikan serba sedikit pendekatan yang dibawa oleh kerajaan baru yang berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri ke-7, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed.. 


Sekarang tiba masanya untuk kerajaan baharu mengubah landskap ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Ini antara beberapa pendekatan yang dibawa oleh pihak kerajaan untuk memastikan ekonomi negara berjalan dengan lancar :
1) Fokus kepada industri.
    
Menurut YAB Perdana Menteri, beliau menyatakan bahawa industri yang perlu diberi perhatian yang lebih ialah ekonomi digital, pembuatan berteknologi tinggi, dan sektor perkhidmatan. Sebagai contoh, pada 21 Mac 2019, Tun Dr Mahathir telah membuat lawatan rasmi ke Pakistan. Beliau bersama wakil syarikat di Malaysia telah menandatangi MoU dengan beberapa buah syarikat di Pakistan dalam sektor telekomunikasi dan automotif. Pihak kerajaan juga akan menyediakan insentif untuk menjadikan negara ini sebagai hub kepada perkhidmatan digital dan komunikasi antarabangsa.
Selain itu, Malaysia juga terus menarik pelaburan dalam industri aeroangkasa seperti yang telah dinyatakan dalam kajian separuh penggal RMK-11. Setakat 2013-2018, industri ini telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 9 billion seperti yang di laporkan oleh Datuk Lokman, Ketua Setiausaha Kemeneterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Hal ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi pusat aeroangkasa dan menjadi rujukan kepada seluruh dunia.

2) Penstrukturan semula Goverment Linked-Companies (GLC)
   

GLC ialah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Ia adalah syarikat-syarikat korporat yang dimiliki oleh bumiputera atau Kerajaan Persekutuan. Antara contoh GLC ialah Perbadanan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji dan sebagainya.Sebelum pentadbiran kerajaan baru ini, peranan syarikat GLC dilihat telah yang lari daripada tujuan asal iaitu  berfungsi sebagai pemangkin kepada ekonomi Malaysia. Oleh sebab itu, menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk mentransfomasikan semula GLC dengan melihat semula kepada lantikan jawatan tertinggi dan memastikan tiada lagi lantikan politik dalam GLC.

3) Membasmi rasuah


Di samping itu, dalam usaha memastikan pentadbiran bebas rasuah, beberapa insiatif telah diambil seperti pengishtiharan harta bagi ahli-ahli politik dan pelantikan Ketua MACC dibuat di parlimen. Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu pelan bersepadu yang julung kali digubal bagi menentang rasuah menggariskan enam bidang keutamaan yang menjadi teras dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini. Strategi ini seterusnya membawa kepada 17 objektif strategik yang mempunyai 115 inisiatif untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan adanya insiatif ini, masalah ekonomi dan tadbir urus negara dapat diselesaikan dengan jayanya. 

4) Mengukuhkan kedudukan kewangan negara


Aspek pengurusan hutang merupakan antara tugas utama kerajaan bagi mengembalikan kredibiliti dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Satu Jawatankuasa Pengurusan Hutang telah ditubuhkan dalam usaha mengurangkan hutang negara. Antara langkah yang bakal diambil adalah melihat semula kepada mana-mana entiti kerajaan yang berpotensi untuk disenaraikan dan mengurangkan pegangan saham kerajaan dalam syarikat-syarikat GLC yang tersenarai di Bursa. Selain mengurangkan hutang, kerajaan juga fokus kepada menambahkan pendapatan melalui sistem percukaian. Pada tahun ini, tiada sebarang cukai baru bakal diperkenalkan melainkan cukai soda yang dibentang dalam Belanjawan 2019.  Untuk tahun ini juga, cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berpendapatan bawah RM500,000 dikurangkan daripada 18% kepada 17% sahaja bagi IKS.

5) Meringankan beban hidup rakyat.


 Setakat ini, kerajaan mempunyai 110 program bantuan rakyat daripada 21 kementerian dan agensi. Bagi membina sebuah ekosistem bantuan yang lebih komperehensif, kerajaan akan melihat dan mengkaji semula semua bantuan dan menggabungkan dan menghubungkan program bantuan sedia ada. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini akan merancakkan kegiatan ekonomi rakyat seterusnya meningkat pendapatan negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...