Langkau ke kandungan utama

LAST EPISOD : MAHASISWA YANG KERDIL

Bulan Julai 2018, aku tak pasti pulak tarikhnya, yang paling aku ingat waktu ni aku jagaa atok aku di hospital. Masa ni atok masuk hospital sebab muntah berdarah. Ni adalah paling lama atok aku masuk hospital, tak silap hampir 2 minggu. Time ni jugaklah aku tahu keputusan UPU, bila aku tahu keputusan tuu, hati aku terus rasa bangga, bahagia, gembira dan macam macam lagi laa. Aku telah dapat tawaran masuk ke universiti yang aku ingin jejaki setelah sekian lama. Kegembiraan aku mencapai tahap yang max weyhh.. Allah telah kabulkan doa aku.. Tapii.... dalam masa yang sama aku berasa sedih dan sebak, masa ni aku terfikir kejap lagi aku akan tinggalkan atok aku.. Aku rasa serba salah untuk bagitau atok tentang keputusan ni.. Apa apa pun aku kenaa juga bagitau dia, lepas aku dah rasa ok sikit.. Aku bagitau dia, yang aku dapat masuk UKM... Raut wajahnya 50-50 bagi aku, nak kata bahagia pun tak , sedih pun tak .. Soalan yang pertama yang dia tanya kepada aku , Bila nak pegi ? Hati aku dah rasa bersalah, aku tak tahu soalan apa yang bermain main dalam kepala dia. Aku mengambil sudut positif biar hati aku tak adaa rasa bersalah dengan dia. Dan hari tu jugaklah, atok aku dapat keluar dari hospital selepas penyakit dia dah boleh dikawal. Maka, bermula lah hari hari sibuk aku menguruskan keperluan masuk ke menara gading.


2 September 2018, hari pertama aku di universiti kebanggaanku , UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Aku dapat rasakan keperitan untuk masuk ke sini, akhirnya hutang telahpun dilunaskan. Bersyukur kepada Allah S.W.T diatas rezeki ini. Umi Abah aku, insan yang telah banyak berkorban untuk hidup aku. Pukul 10 pagi sampai di fakulti keramat, hahahaha, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Jumpa dengan mentor yang paling sempoi Dr Adib, paling yang penting tentang mentor aku ialah orang KELANTAN. hahahahhahaa. Seusai di fakulti, ayuhhh kitaa bergerak ke kolej pulak heheheh. Kolejku yang disayangi KOLEJ KERIS MAS (KKM). Setelah siap semua urusan di fakulti dan kolej, tinggallah diriku sendiri disini, maklumla semua dah balik. Hahahahahahahahaha. Aku dikhabarkan Minggu Mesra Mahasiswa UKM agak berlainan dari ipta ipts lain. Apa yang aku nampak tentang perbezaan dengan ipta mungkin dari segi inovasi dan trasformasi pengurusan. Kebanyakan perkara adalah dibuat secara dalam talian. Aku perhatikan, UKM mengadakan program bukan sekadar menadah telingan di dewan tetapi jugak pergerakkan yang cukup banyak. Banyak program yang luar, itu yang memberi kelainan yang sangat tinggi dengan universiti lain. Contoh macam program mengikut domain-domain, eksprolasi fakulti, malam kebudayaan dan malam angkat sumpah.Aktiviti di kolej turut menyumbang kepada kegembiraan mahasiswa baru. Hahahaha.. skema teruk ayat. Hahahaha. steady .. Hahahaha.. kalau boleh nak puji mengunung. Malam pulak , ialah Malam Kebudayaan UKM.. semua macam orang tak betul aku tengok.. Enjoy tahap max weyhh ... Tertulislah satu lagi kenangan aku yang indah dalam hidupku.


Bagi aku, hari yang paling seronok adalah hari keempat. Apa yang takkk seronok , tengahari aku lunch dengan Naib Canselor UKM merangkap idola aku dalam bidang ekonomi iaitu Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Azlan bin Ghazali. Berborak dengan beliau tentang UKM dan situasi Malaysia, beliau memang seorang yang sempoi, baik,

Setakat itu sahaja cerita aku, ini pun aku rasa dah banyak cut .. Aku harap ia dapat beri semangat walaupun sikit je.. Sebelum aku habiskan cerita aku ni, aku minta jasa baik korang yang baca ni untuk sedekah Al-Fatihah untuk arwah atok aku.. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat , 14 December 2018. Beliau bukan sahaja seorang ayah dan atok , malah beliau juga seorang pemimpin dan ketua di kawasan Meranti yang disayangi oleh masyarakat setempat. Semoga aku, dapat meneruskan perjuangan beliau. Perjuangan yang dibawa dari usia remaja sehinggalah penghujung usianya. Jadi, itu sahaja daripada saya.. saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...