Langkau ke kandungan utama

13 Mei 1969 . Sejarah Yang Tidak Akan Lupus Dalam Ingatan

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Semasa kempen pilihan raya dijalankan,calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak  kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.


Kronologi Ringkas Peristiwa 13 Mei 1969

24 April 1969             – Petugas UMNO Pulau Pinang, Encik Kasim Omar telah diserang dan dibunuh. Namun begitu, untuk mengelakkan sebarang ketegangan atau rusuhan, beliau telah dikebumikan secara tertutup.

4 Mei 1969                 – Seorang Cina, Lim Soon Seng, telah meninggal setelah cedera dalam satu pergelutan dengan pihak polis. Beliau dan dua rakannya ditemui sedang menconteng sesuatu di atas jalan raya dengan cat.

9 Mei 1969                 – Pihak keluarga mendiang dengan dibantu pihak tertentu berkeras untuk membuat perarakan mayat beliau (seperti mana kebiasaan dalam masyarakat Cina) dengan melalui jalan-jalan utama di bandar Kuala Lumpur. Mereka ingkar dengan arahan pihak polis untuk berarak di jalan-jalan yang agak jauh daripada bandar. Tindakan ini dilihat sebagai sengaja ingin membesar-besarkan kematian beliau (berbeza dengan cara pengkebumian mayat Encik Kasim Omar yang dilakukan secara tertutup).

10 Mei 1969               – Hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum 1969.

11 Mei 1969               – Keputusan piliharan raya diumumkan. DAP dan Gerakan menang besar di Selangor, walaupun masih belum dapat membentuk kerajaan. Kemenangan ini diraikan dengan perarakan yang disertai provokasi menghina orang Melayu. Tindakan yang sama juga berlaku ketika perarakan mayat pada 9 Mei.

12 Mei 1969               – Perarakan kemenangan yang disertai provokasi terhadap Melayu masih diteruskan. Namun, kesabaran orang Melayu selama ini (daripada 9 Mei membawa kepada 12 Mei) telah sampai hadnya yang membawa kepada berkumpulnya mereka di rumah Menteri Besar Selangor di Kampung Baru untuk merancang mengadakan perarakan balas pada malam esoknya, iaitu 13 Mei. Perarakan balas ini dirancang untuk diadakan secara aman untuk meraikan kemenangan UMNO di dalam pilihan raya seluruh negara.

13 Mei 1969               – Ketika persiapan sedang dilakukan oleh orang Melayu di Kampung Baru (dengan anggota polis kebanyakannya telah dikerahkan untuk mengawal keadaan), tersebar khabar angin bahawa telah berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Cina di Setapak; satu kawasan yang tidak dijangka akan berlakunya ketegangan. Khabar angin dan ketidaktentuan inilah akhirnya membawa kepada tercetusnya rusuhan besar pada 13 Mei.

14 Mei 1969               – Darurat disiytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

16 Mei 1969               – Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi menggantikan Parlimen yang digantung buat sementara waktu setelah darurat diisytiharkan.



Mungkinkah roda perkauman 13 Mei 1969 akan berpusing kembali ? Beberapa komponen parti politik di Malaysia cuba memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, kerajaan pada harini perlu menjaga semua kaum dan agama bagi keharmonian dan kemakmuran negara. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...