Langkau ke kandungan utama

EPISOD 1 : SEORANG BUDAK YANG CUBA MEMAHAMI REALITI



Disini aku ingin perkenalkan diri, nama samaran Abe Mie. Nama gelaran aku agakk banyak aku rasa laa, hehe . Aku orang Kelantan. Aku dilahirkan di Hospital Pasir Mas pada 17 Jun . Alhamdulillah sekarang aku dah agak tua. Suka aku nak ceritakan tentang pengalaman dan jalan cerita sepanjang umur aku ni.

Aku mula kenal ALIF BAA TAA , ABC dan 1 2 3 semasa umur 5 tahun. Aku belajar di PASTI dekat kampung. Dekat situ, aku belajar bukan akademik je, ia juga ada juga tentang agama. Macam mana nak solat, rukun iman, rukun islam, doa-doa asas dan macam macam lagi. Ustazah yang mengajar masa kecil masih lagi mengajar disana. Hampir 15 tahun saya tinggalkan tempat tu tapi ustazah tu still ingat saya.  Selepas belajar di Pasti dari umur 5 hingga 6 tahun. Pada hari pertama persekolahanku, aku menangis sebab tak mahu ke sekolah. Puas ibuku dan ustazah di sekolah itu memujuk aku untuk ke sekolah tetapi aku tetap menangis dan melawan kerana tidak mahu ke sekolah. Akhirnya aku akur. Itu serba sedikit cerita sewaktu aku mula mula belajar dan berada di sekolah. 

Di ketika usiaku 7 tahun, kedua dua pujaan hatiku telah mendaftarkan diri yang kecil ini di Sekolah Kebangsaan Lemal. Sekolah ini dekat sahaja dengan rumah. Masa darjah 1 , aku duduk dalam kelas atas . Sekolah aku hanya ada 4 kelas je, Arif , Bestari, Cekal dan Dinamik. Keputusan aku masa budak dulu lupa laa .. hehehe . Maklumla dah berumur sekarang. Aku nak terus masa aku darjah 6 pada tahun 2010. Kalau aku cerita  darjah  2, 3, 4, 5 memang 4 hari baru habis aku taip benda ni . Hahahaha. Aku merupakan calon UPSR bagi sesi 2010. Waktu ni, aku berada dalam kelas ketiga iaitu 6 Cekal (6C). Kalau ikut persepektif masyarakat, guru-guru dan ibu bapa, mereka tak akan letak harapan yang tinggi untuk aku mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau ikut logik laa, tapi kalau kita betul betul bulatkan hati teguhkan niat , Insyaallah benda yang luar biasa akan tercapai. Betul tak? Masuk je darjah 6C aku tak kisah apa yang orang nak cakap apa, mungkin masa ni aku dah sedar apa yang aku perlu buat untuk membahagiakan orang tua aku. Cerita pasal exam kan, sekolah rendah akan jalankan peperiksaan 2 bulan sekali. Setiap kali exam nama aku AMIRUL HAKIMI BIN MOHD ROSDI mesti akan dipanggil oleh pengacara majlis penyampaian pelajar cemerlang di sekolah. Sudah pasti ni adalah kenangan terbaik yang pernah aku alami. Okay, cerita pasal percubaan UPSR sekolah aku, tak silap aku bulan Julai atau Ogos, aku dah lupa. Keputusan percubaan yang aku dapat ialah ......... acah acah suspen sikit. Aku dapat 4A1B dalam exam tu. Aku dapat B subjek Matematik. Aku dah puas hati teruk time tu. Lepas je aku dapat keputusan tu, cikgu di sekolah dah mula bergosip tentang diri aku yang kerdil di kelas yang bawah dan mendapat keputusan macam budak kelas atas. Sepanjang tempoh menuju ke peperiksaan sebenar UPSR pada bulan September, cikgu Matematik aku bantai habis habisan supaya aku dapat jugak A subjek dia. Masa classmates aku ada tambahan subjek lain, cikgu Matematik akan culik aku. Mungkin faktor abah aku ada juga rasanya, maklumla cikgu aku tu kawan dia. Setelah sebulan membuat penyediaan untuk berperang dengan exam, tibalah masanya aku menduduki peperiksaan terbesar bagi pendidikan rendah di bumi Malaysia tercinta. Setelah 4 hari berada di dalam dewan peperiksaan, dalam benak fikiranku mengimpikan kejayaan yang terbaik dalam UPSR namun ........ Harapan keluarga dikatakan hampir musnah , aku cukup sedih dengan keputusan yang aku kecapi.. masa tu fikiran aku belum lagi pada tahap matang dan tahu tentang realiti kehidupan. Aku hanya dapat 2A 3B sahaja dalam UPSR. Keluarga dan guru-guru aku sentiasa berada di belakang aku. Maybe sebab tu, aku rasa kuat untuk jangan mudah mengalah dengan apa jua halangan yang kita hadapi. Yakinlah dengan diri sendiri, insyaallah Allah permudahkan urusan kita.... Geng jangan ingat dah habis okay !! Coretan hidup aku masih adaaa lagii jangan risau ... Ketemu di episod seterusnya semuaaa 💗💗💘💘


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Latihan Industri di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam.  Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya.  Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...