Langkau ke kandungan utama

EPISOD 2 : MENUJU ALAM YANG LEBIH MENCABAR



Setelah menamatkan pengajian di peringkat rendah, aku meneruskan lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Di peringkat menengah, aku melajutkan pelajaran di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Pada mulanya, aku bukan nak sangat masuk sekolah ni tapi disebabkan tak ada pilihan so aku teruskan pengajian aku disini. Seingat aku la, masa tingkatan 1 dan 2 aku tak belajar mana pun dan aku tak kesah dengan result yang aku dapat masa tu. Maklumlaa tengah syokk bermain main dengan kawan kawan yang masuk air. hahahahaha. Tahun 2013, aku mengambil peperiksaan PMR. Aku adalah batch terakhir untuk exam PMR sebelum ditukar dengan nama baru PT3. Kenangan awal sepanjang 3 tahun di sekolah agama dulu sudah tentu banyak yang nakal hehehe. Pergi sekolah, main bola dalam kelas, berborak dengan kawan sampai habis kelas. hahahaha. It's all about memories. I can't forget it. Keputusan PMR tidak perform , aku dapat 2 A 3B 3C. Golongan yang kurang pandai masa di sekolah dulu. Tidak dikenali oleh guru-guru. Namun begitu, masuk tingkatan 4, aku berubah walaupun bukan secara total aku mula bergiat aktif dalam kepimpinan. Masa itu, aku terkejut apabila dilantik menjadi Timbalan Ketua Editor untuk badan Redaksi. Sudah pasti ni adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh diriku yang lemah dan serba kekurangan ini. Aku sudah mencapai satu perkara yang melawan tradisi badan. Sebab selalunya jawatan ini disandang oleh senior senior yang lebih matang dan berwawasan. Tapi tidak mengapa aku teruskan memikul amanah itu sehingga tamat sesi setahum.Sepanjang setahun memegang jawatan tu sudah pasti pelbagai rintangan yang aku perlu tempuhi. Kami selalu dianggap seperti anak tiri tapi itu tidak membuatkan aku dan ahli ahli badan untuk terus jatuh. Krirtikan dari pihak lain menjadi motivasi kami untuk terus berkerja menghasilkan sebuah majalah untuk tatapan pelajar dan alumni sekolah tersebut. Alhamdulillah sepanjang 2014 kami telah berjaya untuk menghasilkan sebuah majalah walaupun serba kekurangan. 

Masuk 2015, bagi aku ni antara tahun kegemilangan aku dalam kepimpinan di sekolah ini. Aku telah diberi tanggungjawab menjadi Ketua Editor bagi badan ini. Sebagai seorang pemimpin yang baru dilantik, sudah pasti ia mahu kelainan sepanjang tahun pimpinannya. Impian pertama sewaktu aku dilantik adalah untuk menghasilkan majalah yang menjadi rujukan kepada batch yang seterusnya bakal memimpin badan ini. Sebagai bekas Timbalan, aku telah gunakan sepenuhnya pengalaman aku dulu untuk menghasilkan majalah yang superb. Betul orang-orang lama kata bahawa 'PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK DALAM HIDUP'. Aku nak pendekkan sikit cerita, aku dan sahabat Redaksi berjaya mengadakan Minggu Redaksi iaitu minggu yang cukup padat dengan sesi pengambaran, program ilmu dan sebagainya. Seminggu berlalu, alhamdulillah minggu yang memenatkan ahli-ahli kami telah berlalu pergi. Selepas itu, tiba masa untuk bergerak secara belakang tadbir yang tidak dapat dikesan oleh pihak lain. Hahahaha.. hebat betul bunyinya.. Sebulan sebelum exam kami dah siapkan semua benda berkaitan dengan majalah dan fokus seterusnya peperiksaan SPM. Jom aku ceritakan sedikit tentang belajar masa SPM, masa ini aku tak perform sangat maklumla sebab sibuk menguruskan badan kesayangan aku. Aku pun belajar biasa je bukan padu macam orang lain, tu result macam biasa biasa .. Padan muka. Keputusan SPM aku hanya dapat 4A 2B 3C . Aku kecewa sebab tidak dapat tunaikan abah aku punya impian. Dia selalu tanya aku, 'Boleh ke agak-agak 5A paling sikit?'. Setiap kali dia tanya soalan ni aku terus cuak, hanya mampu memberikan senyuman yang manis ni je . hehehe. Bila dia dapat tahu yang aku tak dapat memenuhi kehendaknya, dia steady je bossku. Belum ada rezeki aku bahagiakan dia. Mak ayah aku tidak suka push teruk anak anak dia untuk belajar. Aku pun tak tahu kenapa. Biasa mak ayah orang push anak anak , sampai stress budak tu dibuatnya. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan mak ayah terbaik untuk sentiasa berada di samping aku saat suka dan duka. Mak ayah aku kata rezeki tak pernah salah alamat. Jangan risau, kejayaan insyaallah akan menjadi milikku cuma tak tahu bila je. Apa yang lebih penting adalah tahu tentang agama, mempunyai pegangan yang kukuh untuk kita harungi hidup yang penuh dengan cobaan dan ringtangan dalam pelbagai aspek. 

Ini kisah aku sewaktu berada di sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas dan mengambil peperiksaan SPM .. Hhehehehe .. Kita ada beberapa episod lagi jangan risau Insyaallah akan release dalam masa terdekat .. Jumpa lagiii 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...