Langkau ke kandungan utama

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat dan mencabar kelaziman.




    Time STPM, aku tidak merancang untuk terus belajar, maklum la dulu niat lepas SPM terus masuk universiti tapi takde rezeki. Masa kelas yang pertama, aku belajar subjek Ekonomi dengan antara cikgu terbaik yang pernah aku kenal sepanjang aku belajar. Disebabkan beliau lahh aku mempunyai kekuatan dan semangat yang baru untuk meneruskan perjuangan ni. Beliau banyak memberi motivasi kepada aku, tak pernah jemu berborak dengan aku, tak pernah bosan mendengar masalah aku dan macam macam lagi. CK nama glamour yang digunakan oleh semua warga pra-universiti sekolah aku. Kisah hidup dia daripada kecil sehingga menjadi seorang guru yang cukup memahami perasaan dan permasalahan pelajar adalah 90% dengan aku. Mungkin sebab tu , aku suka meluah perasaan dengan dia. Aku pernah bercerita dengan dia tentang impian aku dan matlamat hidup aku. Aku seorang yang berminat dengan politik. Kalau korang nak tahu impian aku ialahhh aku nak masuk Universiti Kebangsaan Malaysia dengan jurusan Ekonomi.Kenapa aku amat minat dengan ekonomi walaupun orang selalu tanya aku lepas graduasi nanti nak kerja apa. First aku berpendapat bahawa jurusan ni mampu membuatkan menjadi seorang yang matang dalam pembuat keputusan (mungkin lain orang lain pendapat). Second, aku nak tolong seramai mungkin rakyat Malaysia terutama  Melayu dan Bumiputera mempunyai kestabilan ekonomi. Setakat ni kita dapati bahawa kebanyakkan orang yang berpendapatan tinggi bukan daripada bangsa asli. Sebab itu, aku berharap dapat memberi sebanyak mungkin pertolongan kepada bangsa aku sendiri. Ini adalah sebab utama yang aku kenapa aku nak sangat dengan jurusan ini. ..............

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...