Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

LANGKAH-LANGKAH MERANCAKKAN EKONOMI

Kini, kita lihat ekonomi negara dianggap kurang stabil daripada sebelum. Ini mungkin disebabkan oleh ketidakyakinan pelabur kepada negara kita atau mungkin sebab kejatuhan nilai mata wang negara. Hal ini mungkin dapat diberi penjelasan yang terperinci oleh kementerian dan juga phak kerajaan. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan umumnya perlu melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak terus membelenggu kerajaan yang akan menyebabkan pembangunan negara dan juga kemakmuran rakyat akan terjejas. Terdapat beberapa langkah  untuk merancakkan ekonomi :- 1. Menstabilkan pasaran kewangan.     Bagi memastikan kestabilan pa­saran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan        Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga diminta untuk mengambil langkah yang serupa. ...

LANGKAH KAJANG

Sebelum aku mulakan topik kita kali ini, aku mulakan dengan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat yang cintakan negara. Kamu semua tahu apa yang pernah terjadi kepada negeri Selangor ini ? Adakah bencana besar ? Rusuhan ? Atau apa ? Jom .. kali ni aku kongsikan tentang krisis Menteri Besar Selangor atau dinamakannya 'Langkah Kajang' . Krisis ini berlaku pada tahun 2013-2014, ia berkaitan dengan prestasi MB Selangor pada waktu itu iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Secara umumnya, parti Tan Sri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin menukar MB kepada orang yang lebih bertanggungjawab menurut mereka. Ia juga disebabkan oleh pengaruh Tan Sri tidak sehebat ahli PKR yang lain. Beliau juga bukan pemidato yang hebat seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Azmin Ali. Hubungan antara Tan Sri dan juga Azmin Ali dilihat semakin meruncing apabila dilihat dalam pemilihan parti. Mereka berdua berebut untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden PKR Pusat. Beliau juga ...

3 AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum 😎 Macam mana puasa yang ke-12 ? Semuanya okay? Ke dah ada yang tinggal puasa ?? Jangan tinggal puasa tanpa sebab geng .. Hehehe .. Di bulan yang mulia ini , sudah pasti semua umat Islam berebut rebut untuk melakukan ibadah secara berlipat kali ganda 😍 Jom harini saya kongsikan sediket amalan amalan sunat di bulan Ramadhan 😘😘 1. Bersahur Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”  (HR. Bukhari)  2. Memperbanyakkan doa.    Doa orang berpuasa adalah mustajan di sisi Allah. Sebab apa ?Sebab orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah.  “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.  (HR Ibn Majah) Oleh itu, rebutlah kesem...

VARCITY RUN 2019

 Varcity Run antara program yang terbesar di UKM untuk tahun 2019. Program larian ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki yang merupakan kolej yang terkenal dengan aktiviti kesukanan dan kesihatan. Tak silap aku peserta yang terlibat seramai 4000 orang. Semua lapisan umur ada dari muda ke remaja ke tua. Ada 3 bahagian larian iaitu 5km, 10km dan 21km. Pada pagi tu, UKM meriah dan menyebabkan jalan jem teruk. Apa yang tak jem ramai kut peserta yang join . Awalnya, aku bukan nak sangat untuk join larian ni, maklumla tak minat sangat benda benda lari ni. Aku pun tak kesah sangat tapi bila semua geng aku join, takkan aku tak join kan kan kan .. Bagi aku benda ini banyak merapatkan lagi hubungan kitaorang , walaupun sering gaduh .. takde hal .. benda biasa .. Aku join 10km , terkejut dengan diri sendiri.. aku ingat 10km tu dekat.. tapi.....hahahahaha.. letih takk terhingga laa wehhh .. aku dah laa jarang buat benda macam ni. Semua ikut member, dari pendaftaran sampai ke garisan pen...

TG2KM

 Temasya Gemilang Kolej Keris 2019 atau nama komersial TG2KM ialah satu temasya yang terbesar di Kolej Keris Mas , Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam TG2KM terdapat 9 program besar yang dianjurkan antaranya Band Of The Band, MasterChef dan sebagainya. Saya sebagai ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas sudah hati dah jiwa berada dalam bercelaru sepanjang temasya ini berlangsung. Semua program yang dianjurkan oleh Sekretariat TG2KM  dihadirkan oleh insan insan ternama dalam bidang politik dan juga agama. Sebagai contoh ialah YB Mazwan, YB Chee, Imam Muda Asyraf, Diana Amir dan lain lain.    Majlis terakhir dalam Temasya Gemilang Kolej Keris Mas 2019 ialah Perasmian Penutup. Majlis ini dihadiri oleh YB Adun Sungai Ramal, Tuan Mazwan bin Johan bersama isteri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Haju Roslee Rajikan, Pengetua Kolej Keris Mas Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad bin Hussin, Timbalan Pengetua Keris Mas Dato’ Dr. ...

MG2KM

 Malam Gala Kolej Keris Mas atau MG2KM ialah program makan malam terbesar di kolej ini. Program ini diuruskan oleh lebih kurang 100 hingga 130 orang ahli jawatankuasa. Iaitu gabungan Sektretariat Malam Gala Kolej Keris Mas(MG2KM) dan Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM). Majlis ini berlangsung selama 2 hari iaitu 29 April dan 30 April di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR). Kami membuat rehearsel selama seminggu tanpa henti. Ia dibuat untuk memastikan kelancaran pada hari kejadian.  Semua yang terlibat perlu ada di tempat rehearsel dari pukul 8.45 malam sehingga pukul 1 pagi untuk majlis ini. Dari segi pengisian, protokol, cenderamata, teknikal, logistik, gimik dan sebagainya diperiksa sepanjang seminggu. Bagi setiap program, sudah pasti kelancaran merupakan elemen terpenting untuk membuktikan ia berjaya atau tidak.  Pada malam 29 April, giliran pelajar tahun 1 dan 2 di kolej ini. Pada malam ini, perasmi ialah Dato Abdullah Sani iaitu ahli parlimen Kap...

PERTUMBUHAN EKONOMI SUKU PERTAMA 2019

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan pada suku pertama berikutan pengurangan penggunaan dan permintaan global yang perlahan susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, demikian mengikut pungutan pendapat oleh Reuters. Pungutan pendapat daripada 13 ahli ekonomi itu mengunjurkan ekonomi berkembang pada kadar penengah atau median 4.3 peratus pada Januari-Mac, lebih perlahan berbanding 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat. Unjuran individu bermula daripada 4.2 peratus hingga 4.5 peratus. Eksport ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara itu menguncup pada Februari dan Mac, dan dijangka berdepan tekanan berterusan dalam bulan-bulan akan datang kerana AS meneruskan satu lagi pusingan kenaikan tarif terhadap barangan China, demikian menurut Capital Economics dalam nota penyelidikannya. “Malaysia adalah antara negara yang paling terdedah terhadap kejatuhan permintaan AS bagi barangan China, sebagai pengeksport barangan perantaraan besar ke Ch...

UPKKM

Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM).. Sebuah kelab yang bernaung di bawah Kolej Keris Mas iaitu antara kolej terbesar di UKM. UPKKM mempunyai struktur organisasi yang agak rapi dan kukuh dari segi kepimpinan. Penasihat kelab ini ialah Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas iaitu Dato' Syed bin Haji Saddak. Beliau juga Ketua Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM dan seorang yang mempunyai semangat protokol yang tinggi.  Kisah bermula .... Untuk masuk UPKKM bukan main petik je .. perlu lalui temuduga dulu .. Aku kena ditemuduga oleh Timbalan Presiden sendiri . Mungkin sebab ni kut aku terus dapat .. gurau gurau gurau .. Nak dipendekkan cerita, masuk la aku dalam UPKKM .. Aku dipilih untuk berada Bahagian Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa (HELA). Tugas ahli HELA ialah follow-up VVIP & VIP, menyemak surat dari sektreriat untuk mengadakan program. UPKKM sentiasa update maklumat tentang protokol dengan Pusat Komunikasi Korporat Universiti (PKK) yang berpusat di Canselori aras 2... ...

KENANGAN SEBELUM BERGELAR MAHASISWA

Keputusan SPM aku kurang memberangsangkan .. Aku tak tahu mana halatuju aku .. Adakah STAM, Diploma, Kemahiran, STPM atau kerja terus ... ??? Ia bermain di fikiran aku ... Finally, aku mengambil keputusan until terus ke STPM di SMKSIS, Pasir mas .. Sebelum tu, aku ada minta diploma di Unisza .. Tapi tak dapat .. Aku tak buat pun rayuan sebab hati aku mula sayang dengan STPM ... Masa form 6 dulu, kelas yang paling aku suka ekonomi .. tapi sebenarnya aku sukaa semua kelas, sebab cikgu cikgu semua gempak .. Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Am ... Cikgu cikgu semua pemberi semangat dikala aku jatuh, tak bersemangat, lesu ... Cikgu ekonomi aku, CK nama komersial .. CK selalu menjadi idola aku, aku selalu mengadu dekat dia tentang masalah belajar, berdiskusi tentang isu-isu semasa, lepakk tu biasa .  Hahaha , CK juga alumni UKM dan mengambil jurusan Ekonomi ...  Dia selalu cerita tentang zaman belajar dulu ... Kisah hidup dia dengan aku pun boleh kata 90% sama denga...

IPCMC

Dibawah kerajaan baru pada hari ini dibawah naungan Pakatan Harapan yang diketuai oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil beberapa inisiatif untuk membanteras jenayah kolar putih terutama dalam sektor penguatkuasa. Oleh itu, beliau telah memperkenal IPCMC ( Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis). IPCMC ialah sebuah badan bebas yang akan menggantikan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Ia berperanan sebagai penerima aduan serta menyiasat salah laku anggota polis di Malaysia. Harini saya menyatakan secara ringkas tentang perjalan penubuhan IPCMC. 21 SEPT 2018 - YAB PM umum EAIC diperkasa dengan penubuhan IPCMC.  27 SEPT 2018 - Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata RUU untuk menubuhkan IPCMC akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin. 29 NOV 2018 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata RUU ini sedang rancak disediakan. 2015 MAC 2019 -  YB Menteri berkata penubuhan IPCMC belum dimuktamadkan ...

SEWOVENGERS

Sewovengers , persahabatan  bermula secara dari tahun 2014 iaitu masa aku tingkatan 4. Kami mula tinggal di rumah aku. Pada tahun tu, kami berkawan bukan sahaja untuk belajar malah ilmu sosial turut dipratikkan.. hahahahha.. ayat takleh bincang .. Tahun ni juga aku mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) .. Menghafal menghafal menghafal ... Kenangan yang agak perit sebelum mencapai kejayaan .. Keputusan akhir aku mendapat pangkat Jayyid Jiddan (JJ) .. Pada tahun 2015, kami mengambil peperiksaan SPM dan nama SEWOVENGERS terhasil daripada perkataan 'SEWO' dalam biasa baku sewa dan 'VENGERS' diambil dalam filem Marvel. Hehehehe. Masa ini ahli kumpulan makin ramai .. Kami tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah .. Ahli Sewovengers bersilih ganti  sebelum wujud ahli yang tetap sampai ke hari ini .. Dulu geng aku hampir belasan orang, tapi apa kan daya , ramai yang keluar .. hahahhaa .. macam parti politik pulakk . Masa tinggal di rumah sew...

SEJARAH DAP

DAP merupakan serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti politik Singapura. Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. Ditubuhkan pada Oktober 1965, DAP de...

SUKARELAWAN SOSIAL

 Gotong Royong Perdana anjuran Pelajar Citra Sukarelawan , Kolej Keris Mas dan Siswa-UKM pada tahun 2018. Gotong royong ini dilakukan di sekitar kawasan taman di Kajang berhampiran Reko. Aktiviti disertai oleh 80 orang pelajar, persatuan penduduk taman dan juga ahli jawatankuasa masjid Al-Nur.  Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sarapan pagi bersama penduduk taman di masjid. Selepas mengambil sarapan, para pelajar mendengar taklimat oleh ketua persatuan taman untuk pengasingan tugas setiap pelajar supaya kawasan ini dapat dibersihkan secara menyeluruh. Penduduk majoriti di kawasan ini adalah Melayu. Namun, bangsa lain turut membantu bagi melancarkan program ini. Ini telah membuktikan bahawa semangat kejiranan dan kenegaraan antara bangsa adalah positif.   Selepas selesai mengutip sampai dan membersihkan kawasan taman serta masjid. Para pelajar dihidangkan makan tenghari oleh pihak masjid. Hal ini telah mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan jug...

SEJARAH PARTI KEADILAN RAKYAT

Pada tahun 1997 ketika mana Malaysia dilanda krisis ekonomi, Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah melakukan beberapa perubahan dan langkah menjimatkan perbelanjaan dalam usaha mennyelamatkan negara dari krisis tersebut. Namun tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam kerajaan pada 2 September 1998.  Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Gerakan Reformasi   dilancarkan telah membawa kepada penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) yang diterajui oleh isteri Anwar Ibrahim iaitu Dr. Wan Azizah. Walaubagaimanapun, cubaan untuk mendaftarkan Adil sebagai sebuah parti politik tidak berjaya dan digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil al...

SEJARAH UMNO

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan pernah menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 19...