Langkau ke kandungan utama

Catatan

GOLONGAN BELIA DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju kepada negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, negara ini perlu berkembang seiring dengan negara-negara di seluruh dunia. Antara elemen penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui teknologi. Kini, negara sedang menuju kepada Revolusi Perindustrian 4.0 setelah berjaya mengharungi beberapa perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Revolusi Perindustrian 4.0 merujuk kepada proses perkembangan teknologi canggih. Sebagai contoh, kecerdasan buatan ( artificial intelligence ) yang membolehkan mesin pintar menjalankan tugasan manusia. Dengan itu, perkembangan ini memberikan tindakbalas yang berbeza-beza kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Golongan belia merupakan tunjang utama pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang akan memimpin negara dengan acuan sendiri tanpa mengadaikan keharmonian dan keamanan sejagat. Oleh itu, golongan ini mesti be...

MAKANAN - EKONOMI

Makanan merupakan elemen penting untuk kelangsungan hidup dan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, makanan perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur disemua peringkat. Jika tidak, ia akan menyebabkan berlakunya krisis makanan yang akan membantutkan sistem sosial dan ekonomi. Krisis makanan tidak asing lagi dalam dunia pada hari ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan berlakunya krisis makanan global pada tahun 2007-2008 iaitu berlakunya peningkatan harga makanan yang melambung tinggi. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ di Mexico yang disebabkan oleh kenaikan harga tortilla iaitu makanan ruji mereka dan ‘Mogok Tempe’ yang dilakukan oleh para peniaga disebabkan peningkatan harga kacang soya. Kini, pada tahun 2020 berlaku krisis kesihatan iaitu pandemik Covid-19 yang telah merencatkan pengeluaran makanan disebabkan oleh perintah berkurung  dilaksanakan hampir seluruh dunia. Krisis ini telah membuktikan bahawa sekuriti makanan berada pada tahap yang membimbangkan. Fakt...

PENAWARAN BURUH DALAM KALANGAN WANITA BERKAHWIN

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan. Jika dilihat daripada aspek nisbah jantina, ia bersamaan dengan 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Manakala daripada aspek usia pula,  bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, dan penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama. Bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama (Bernama, 2019). Berdasarkan data Bank Dunia, bermula daripada tahun 2010 sebanyak 43% keterlibatan wanita sebanyak dan meningkat sehingga 51% pada tahun 2019. Pasaran tenaga kerja wanita telah memperlihatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita bujang adalah l...

TREND PERTUMBUHAN KEPENDUDUKAN, OUTPUT, GUNATENAGA DAN UPAH DI MALAYSIA

Secara umumnya, ekonomi dapat dilihat daripada sudut permintaan dan juga penawaran. Ia juga terdapat dalam pasaran buruh iaitu permintaan buruh dan penawaran buruh akan menentukan keseimbangan pasaran. Dalam pasaran buruh terdapat 3 ‘pemain’ ekonomi iaitu buruh, firma dan kerajaan. Ketiga-tiga ini mempunyai matlamat yang berbeza iaitu buruh untuk memaksimumkan utiliti, firma untuk memaksimumkan keuntungan dan kerajaan untuk kesejahteraan isi rumah seperti gaji minimum. Elemen yang penting penghasilan pengeluaran meliputi modal, buruh, usahawan dan tanah. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi negara, perkara yang harus dilakukan adalah mengumpul modal. Dengan adanya modal, maka akan membolehkan pembinaan infrastruktur serta peningkatan mekanisasi dan teknologi di dalam ekonomi. Seterusnya, proses pengeluaran meningkat dan mampu mencipta peluang pekerjaan untuk tenaga kerja. Namun begitu, ia akan mencapai satu tahap yang maksimum iaitu penambahan modal dan buruh melampau akan mer...

LANGKAH-LANGKAH MERANCAKKAN EKONOMI

Kini, kita lihat ekonomi negara dianggap kurang stabil daripada sebelum. Ini mungkin disebabkan oleh ketidakyakinan pelabur kepada negara kita atau mungkin sebab kejatuhan nilai mata wang negara. Hal ini mungkin dapat diberi penjelasan yang terperinci oleh kementerian dan juga phak kerajaan. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan umumnya perlu melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak terus membelenggu kerajaan yang akan menyebabkan pembangunan negara dan juga kemakmuran rakyat akan terjejas. Terdapat beberapa langkah  untuk merancakkan ekonomi :- 1. Menstabilkan pasaran kewangan.     Bagi memastikan kestabilan pa­saran kewangan, GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan        Kerajaan (GLIC) adalah digalakkan untuk menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. Syarikat swasta Malaysia juga diminta untuk mengambil langkah yang serupa. ...

LANGKAH KAJANG

Sebelum aku mulakan topik kita kali ini, aku mulakan dengan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat yang cintakan negara. Kamu semua tahu apa yang pernah terjadi kepada negeri Selangor ini ? Adakah bencana besar ? Rusuhan ? Atau apa ? Jom .. kali ni aku kongsikan tentang krisis Menteri Besar Selangor atau dinamakannya 'Langkah Kajang' . Krisis ini berlaku pada tahun 2013-2014, ia berkaitan dengan prestasi MB Selangor pada waktu itu iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Secara umumnya, parti Tan Sri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin menukar MB kepada orang yang lebih bertanggungjawab menurut mereka. Ia juga disebabkan oleh pengaruh Tan Sri tidak sehebat ahli PKR yang lain. Beliau juga bukan pemidato yang hebat seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Azmin Ali. Hubungan antara Tan Sri dan juga Azmin Ali dilihat semakin meruncing apabila dilihat dalam pemilihan parti. Mereka berdua berebut untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden PKR Pusat. Beliau juga ...

3 AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum 😎 Macam mana puasa yang ke-12 ? Semuanya okay? Ke dah ada yang tinggal puasa ?? Jangan tinggal puasa tanpa sebab geng .. Hehehe .. Di bulan yang mulia ini , sudah pasti semua umat Islam berebut rebut untuk melakukan ibadah secara berlipat kali ganda 😍 Jom harini saya kongsikan sediket amalan amalan sunat di bulan Ramadhan 😘😘 1. Bersahur Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”  (HR. Bukhari)  2. Memperbanyakkan doa.    Doa orang berpuasa adalah mustajan di sisi Allah. Sebab apa ?Sebab orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah.  “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.  (HR Ibn Majah) Oleh itu, rebutlah kesem...