Langkau ke kandungan utama

PENAWARAN BURUH DALAM KALANGAN WANITA BERKAHWIN

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan. Jika dilihat daripada aspek nisbah jantina, ia bersamaan dengan 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Manakala daripada aspek usia pula,  bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, dan penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama. Bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama (Bernama, 2019). Berdasarkan data Bank Dunia, bermula daripada tahun 2010 sebanyak 43% keterlibatan wanita sebanyak dan meningkat sehingga 51% pada tahun 2019. Pasaran tenaga kerja wanita telah memperlihatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita bujang adalah lebih tinggi berbanding wanita berkahwin, dan kadar gunatenaga wanita berkahwin meningkat dengan kadar upah. Perkara yang difokuskan adalah tentang wanita berkahwin. Mereka lebih dipengaruhi oleh faktor penawaran sahaja. Bagi wanita berkahwin, walaupun wujud permintaan di pasaran buruh, tetapi  keputusan mereka untuk bekerja lebih dipengaruhi oleh faktor dari sudut penawaran seperti jagaan anak, tahap pendidikan, bilangan anak, kadar kesuburan dan juga tingkat pendapatan suami.

 Dari sudut isu berkaitan jagaan anak, para ibu yang bekerja sentiasa ingin mengurangkan perbelanjaan kos jagaan anak. Dalam hal ini, jagaan oleh ahli keluarga dijangka lebih digemari berbanding jagaan anak formal seperti di pusat asuhan, TASKA dan sebagainya. Namun begitu, wanita berkahwin yang tinggal di kawasan bandar dan berada jauh dari keluarga atau kejiranan, terpaksa memilih jagaan formal berbayar. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi kos sara hidup. Ia adalah disebabkan oleh jenis perkhidmatan jagaan anak mempengaruhi kos jagaan anak, maka dengan mengetahui maklumat tentang pemilihan jenis perkhidmatan jagaan anak yang sesuai dengan kemampuan, keperluan, dan cita rasa.. Di Malaysia, satu kajian yang dijalankan oleh Aminah Ahmad (1996) bagi menjamin penyertaan wanita berkahwin, beliau mencadangkan supaya diwujudkan fleksibiliti jam kerja, kemudahan pusat jagaan anak di tempat kerja, dan kawalan terhadap kos perkhidmatan jagaan. Selain itu, melalui satu akhbar, pihak kerajaan menggalakkan firma untuk menyediakan bilik menyusu dan penjagaan kanak-kanak, menawarkan waktu kerja anjal, perkongsian kerja dan pilihan bekerja dari rumah. (Berita Harian, 2017). Dengan itu, negara akan dapat menjayakan misi iaitu negara berpendapatan tinggi dan masyarakat yang berdaya saing seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Pencapaian tahap pendidikan turut menjadi pendorong kepada wanita untuk memasuki pasaran buruh di Malaysia. Perkara ini menyatakan bahawa semakin meningkat tahap pendidikan seseorang wanita, maka semakin cenderung untuk mereka menyertai pasaran buruh. Pelaburan dalam modal manusia melalui pendidikan dan latihan merupakan salah faktor utama yang menentukan keputusan individu untuk menyertai pasaran buruh. Hal ini diperkukuhkan dengan laporan akhbar yang menyatakan bahawa peratusan pengarah wanita juga menunjukkan peningkatan sebanyak 19.2%. Perkembangan positif ini adalah sejajar dengan pelaksanaan Program Pengarah Wanita. Program ini berjaya melatih seramai 831 peserta dan 60 orang daripadanya mendapat tempat serta dilantik di syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dari segi kadar literasi pula, peratusan antara lelaki sebanyak 97.2% manakala perempuan sebanyak 96.3% perbezaan hanya 0.9 %. Jika dilihat mengikut kadar enrolmen, peratusan golongan wanita melebihi lelaki di semua peringat iaitu rendah, menengah dan juga tinggi.

Bilangan anak merupakan antara faktor yang mempengaruhi penawaran buruh  wanita dalam pasaran. Semakin ramai anak dalam sesebuah keluarga, semakin tinggi jumlah masa pengeluaran isi rumah dan semakin kurang masa kerja wanita di pasaran buruh. Ia juga mempunyai hubungan dengan kadar kesuburan, teori mengatakan bahawa semakin rendah kadar kesuburan wanita maka semakin cenderung untuk wanita menyertai pasaran buruh. Kaum wanita dalam umur produktif untuk melahirkan anak (childbearing age) iaitu 15–44 tahun. Secara teorinya, mereka akan menyertai pasaran tenaga buruh secara aktif pada umur 18-24 tahun bagi individu berpendidikan menengah dan umur 25-35 tahun bagi individu yang berpendidikan tertiari.  Di Malaysia, semakin tinggi kadar kesuburan wanita maka semakin tinggi penyertaan mereka dalam pasaran buruh. Situasi ini dapat diperjelaskan dengan melihat perkaitan antara saiz keluarga dengan taraf ekonomi keluarga. Kadar kesuburan yang tinggi bermakna bilangan anak yang lebih ramai yang seterusnya memerlukan sumber pendapatan yang lebih tinggi bagi membiayai pelbagai perbelanjaan, kos dan sara hidup keluarga termasuk kos penjagaan dan pendidikan anak. Oleh itu, wanita akan lebih cenderung untuk menyertai pasaran buruh bagi membantu menjana pendapatan keluarga.( Norsiah, 2010)

Selanjutnya, pendapatan suami turut memberi impak terhadap penyertaan wanita dalam pasaran buruh di Malaysia. Hal ini bermaksud pendapatan seseorang suami secara tidak langsung menyebabkan kaum wanita mengambil bahagian dalam pasaran buruh. Impak pendapatan suami adalah berhubungan negatif dengan penyertaan tenaga kerja isteri kerana pendapatan isi rumah yang mencukupi mengurangkan keperluan isteri keluar bekerja untuk mendapat upah. Sebagai contoh, isteri kepada seorang yang berpangkat tinggi tidak akan bekerja, mereka akan lebih masa di rumah atau membuat program-program kesukarelawan. 

Wanita sememangnya turut memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sistem pasaran buruh bagi kaum wanita yang sudah berkahwin perlu diperkasakan supaya dapat mengoptimumkan sumbangan kepada negara. Di samping itu,ia juga dapat menangani isu globalisasi, potensi kaum wanita ini perlu diberi perhatian serius. Perkara ini adalah selaras dengan visi dan misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi serta maju. Seterusnya, Malaysia dapat menyaingi dan selari dengan negara di ASEAN dan negara maju yang lain,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

EPISOD 3 : BERGANJAK KE TAHAP YANG BARU

Sambungan daripada episod yang lalu ye geng, aku meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1).  Aku mengambil keputusan untuk ambil STPM. Masa ni impian aku untuk cemerlang kali ni memang betul betul bulat. Penggal 1 aku mencapai keputusan png 3.5 , ni adalah langkah pertama belum masuk ke langkah langkah lain. Aku dapat 1A 1A- 1B+ 1B. Aku mengambil keputusan untuk repeat 2 kertas iaitu Sejarah dan Pengajian Am. Penggal 2, aku mendapat keputusan yang sama 3.5 dengan 2A- 2B+ . Macam yang lepas jugak aku repeat 2 paper. Subjek Sejarah yang paling seram masa aku STPM dulu. Apa tak yaa 2 penggal tak dapat A. Penggal 3 aku, result aku still sama png 3.5 . Hahahaha.. Hebat tak result ? Angkat bakul sendiri jarang-jarang .. Hehehehe.. Aku gurau ye geng , korang jangan ambil serius okayy ! Tujuan utama aku buat benda bukan sebab nak tunjuk result aku, tapi aku nak share dengan korang semua bagaimana aku bangkit dari insan yang lemah dulu, menjadi orang yang kuat d...

Tafsiran Ekonomi Perlembagaan

Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya.  Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan      dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza.  2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara  amnya.   3. ...