Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan latihan industri di MAMPU, JPM selama 4 bulan. Saya mula menjalani LI pada 1 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021. Saya ditempatkan di Bahagian Perundingan Pengurusan 2 (BPP2). Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Disini apa yang saya ingin fokuskan adalah persepsi kepada penjawat awam. Sebelum ini, masyarakat 'melabel' penjawat awam ini merupakan pekerja yang malas, tidak efektif dan sebagainya. Setelah saya berada di sana, saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi MAMPU merupakan agensi pusat dan perlu memastikan semua agensi di seluruh negara terus menjadi organisasi yang efektif dan inklusif dari segi pengurusannya. Secara umumnya, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kementerian untuk memastikan setiap dasar yang telah dibangunkan dapat dijalankan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat. Setiap dasar yang dibangunkan mempunyai proses yang ...
Perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Ia merupakan undang-undang bertulis dan pelindungan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat 183 perkara yang melibatkan pembentukan kerajaan, kesamarataan ekonomi, kedudukan Melayu dan Islam, dan sebagainya. Dalam Perlembagaan Persekutuan, aspek ekonomi turut dimaktubkan dalam beberapa Perkara seperti: 1. Pekara 5 (1) - Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. - Jika dilihat dari aspek ekonomi, individu boleh membuat pilihan sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza. 2. Pekara 6 (1) - Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi. - Individu tidak boleh menjadi buruh paksa/hamba. Jika dalam ekonomi Islam, konsep yang dipanggil ar-riqab. Golongan ini layak untuk menerima zakat seterusnya dapat memajukan ekonomi di peringkat mikro dan makro secara amnya. 3. ...