Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

PENGANGGURAN DI MALAYSIA

P ENGANGGURAN DI MALAYSIA  Pengangguran ialah seseorang yang mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan sebagai tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 15 ke 64 tahun yang sanggup bekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi. Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh. CARA PENGIRAAN :- Kadar Pengangguran = Jumlah penganggur ÷ Jumlah Tenaga Buruh Pengangguran = Tenaga buruh – Jumlah  JENIS PENGANGGURAN  a.      Pengangguran geseran atau normal. Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja.  Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik. Pengangguran geseran atau normal berlaku ap...

HOLOCOUST ?

“Holocaust” atau “Shoah” merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holocaust dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Tetapi sehingga hari ini ia pengkaji dan juga penganalisis tidak mendapat angka yang tepat dalam kes ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Terdapat segolongan orang, yang dikenali ...

13 Mei 1969 . Sejarah Yang Tidak Akan Lupus Dalam Ingatan

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Semasa kempen pilihan raya dijalankan,calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak  kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal. Kronologi Ringkas Peristiwa 13 Mei 1969 24 April 1969             – Petugas UMNO Pulau Pinang, Encik Kasim Omar telah diserang dan dibunuh. Namun begitu, untuk mengelakkan sebarang ketegangan atau rusuhan, beliau telah dikebumikan secara tertutup. 4 Mei 1969            ...

ECRL ? APA PERKEMBANGAN SEMASA ?

ECRL - East Coast Rail Link ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara  Kuala Lumpur  ke  Kota Bharu  melalui  Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek ECRL telah mencetuskan "pergaduhan" antara Kabinet, ahli politik dan rakyat marhaen mengenai kos pembinaannya yang pada awalnya bernilai RM 98 billion. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan kerajaan baharu iaitu PH. Mereka telah berjaya mengurangkan kos pembinaan daripada RM98 billion kepada RM48 billion dengan mengurangkan jarak landasan sebanyak 40kilometer. Hal ini berjaya disebabkan oleh pemeterian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang mana Malaysia diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin.                                 ...

PENDEKATAN EKONOMI MALAYSIA BARU

Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan "rejim" Barisan Nasional yang telah mentadbir serta mengurus negara sejak daripada laungan 7 kali MERDEKA !!Tetapi sejauhmanakah kerajaan baru ini dapat mengembalikan ekonomi yang dikatakan musnah ketika penghujung usia kerjaan BN ?? Mari sama sama kita rungkaikan serba sedikit pendekatan yang dibawa oleh kerajaan baru yang berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri ke-7, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed..  Sekarang tiba masanya untuk kerajaan baharu mengubah landskap ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Ini antara beberapa pendekatan yang dibawa oleh pihak kerajaan untuk memastikan ekonomi negara berjalan dengan lancar : 1) Fokus kepada industri.      Menurut YAB Perdana Menteri, beliau menyatakan bahawa industri yang perlu diberi perhatian yang lebih ialah ekonomi digital, pembuatan berteknologi tinggi, dan sektor perkhidmatan. Sebagai contoh, pada 21 Mac 2019, Tun Dr Mahathir t...

LAST EPISOD : MAHASISWA YANG KERDIL

Bulan Julai 2018, aku tak pasti pulak tarikhnya, yang paling aku ingat waktu ni aku jagaa atok aku di hospital. Masa ni atok masuk hospital sebab muntah berdarah. Ni adalah paling lama atok aku masuk hospital, tak silap hampir 2 minggu. Time ni jugaklah aku tahu keputusan UPU, bila aku tahu keputusan tuu, hati aku terus rasa bangga, bahagia, gembira dan macam macam lagi laa. Aku telah dapat tawaran masuk ke universiti yang aku ingin jejaki setelah sekian lama. Kegembiraan aku mencapai tahap yang max weyhh.. Allah telah kabulkan doa aku.. Tapii.... dalam masa yang sama aku berasa sedih dan sebak, masa ni aku terfikir kejap lagi aku akan tinggalkan atok aku.. Aku rasa serba salah untuk bagitau atok tentang keputusan ni.. Apa apa pun aku kenaa juga bagitau dia, lepas aku dah rasa ok sikit.. Aku bagitau dia, yang aku dapat masuk UKM... Raut wajahnya 50-50 bagi aku, nak kata bahagia pun tak , sedih pun tak .. Soalan yang pertama yang dia tanya kepada aku , Bila nak pegi ? Hati aku dah rasa...