Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan. Jika dilihat daripada aspek nisbah jantina, ia bersamaan dengan 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Manakala daripada aspek usia pula, bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, dan penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama. Bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama (Bernama, 2019). Berdasarkan data Bank Dunia, bermula daripada tahun 2010 sebanyak 43% keterlibatan wanita sebanyak dan meningkat sehingga 51% pada tahun 2019. Pasaran tenaga kerja wanita telah memperlihatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita bujang adalah l...